Air Asam Kak Jah : Pencicah Istimewa Ikan Bakar

Makanan tradisi samada berbentuk satu set juadah yang lengkap atau hanya hidangan yang simple dan ‘kosong’, sebenarnya mempunyai khasiat tersendiri bergantung kepada penyediaan. Ikan bakar dan pencicah air asam antara hidangan tradisi yang terus mendapat tempat di kalangan masyarakat tempatan. Apatah lagi jika ada ‘ilmu’ membuat pencicah air asam istimewa seperti yang dibuat oleh Kak Jah.

Air asam yang pedas dan mencukupi setiap rasa selalunya lebih digemari. Bagi yang mengalami masalah untuk makan masakan pedas seperti gastrik dan buasir, pastikan membuat persediaan terlebih dahulu seperti makan hidangan yang ‘mesra perut’, memilih suplemen yang sesuai dan perlu tahu sedikit sebanyak petua tradisional merawat gastrik agar tidak berlaku ‘kemalangan’ semasa menikmati hidangan.

Berkongsi keenakan rasa air asam ‘sentuhan’ Kak Jah yang diberi sebagai ‘buah tangan’ sebaik saja selesai waktu persekolahan cukup membangkitkan selera untuk membuka mood rasa sebelum menjamah apa jua hidangan. Sudah tentu, air asam ada pasangan tersendiri dan bukan ‘calang-calang’ gandingan untuk berada ‘sepentas’.

Kredit Foto Dunia Belajar

ikan-bakar-air-asam

Air asam selalunya dijadikan sebagai pencicah untuk hidangan kosong seperti ikan bakar tawar. Hidangan makanan seumpama ini tidak pernah kenal istilah jemu. Kalau selalu sangat makan ikan bakar cicah air asam, sudah tentu ada masanya ingin juga menikmati hidangan lain pula. Itu perkara biasa dalam pemakanan, kadangkala perubahan cuaca juga mempengaruhi selera rasa.

Bagi mereka yang gemar makan ikan bakar dan air asam buatan sendiri, resepi penyediaannya sangat mudah dan ringkas. Tidak memerlukan masa yang lama untuk menyiapkan air asam. Jika bahan-bahan untuk membuat air asam tidak mencukupi, kicap juga boleh menjadi galang ganti untuk tidak ‘menghampakan’ selera diri.

Jenis air asam bergantung kepada cara penyediaannya, air asam di restoran tidak semua menepati citarasa pelanggan. Air asam kegemaran ramai ialah air asam yang tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Air asam juga memiliki semua rasa seperti manis, masam, masin dan pedas. Sebab itu ramai yang belajar buat air asam sendiri.

Menikmati air asam yang dibuat oleh Kak Jah sebagai pencicah dan kadangkala boleh juga dibuat kuah untuk nasi kosong, mengingatkan kembali beberapa pencicah yang pernah dicuba melalui hidangan di restoran. Ada air asam yang boleh diterima, ada juga yang terlalu cair sehingga langsung tiada apa-apa rasa bila dibuat pencicah ikan bakar. Walapun resepinya ringkas, namun ia ‘kunci’ utama dan muqaddimah membangkitkan selera.

Tulisan ini sebagai terima kasih kepada Kak Jah di atas ‘buah tangan’ air asam yang mempunyai sentuhan ‘orang lama’. Mungkin ada masa nanti ingin juga mengetahui rahsia keunikan air asam istimewa Kak Jah ini. Terima kasih Kak Jah.

Pemakanan yang sihat seperti suplemen yang bertujuan meningkatkan kesihatan usus juga memainkan peranan penting dalam memelihara imuniti badan agar perjalanan sesuatu aktiviti seperti perkelahan atau rekreasi berjalan dengan baik. Nutrisi serat dan tinggi prebiotik semula jadi yang dikenali sebagai gum arabic atau Al Manna dan Tayebat edaran Natural Prebiotic (M) Sdn Bhd adalah dicadangkan.

Nutrisi serat larut dan tinggi prebiotik semula jadi gum arabic Al Manna dan Tayebat.
Al Manna dan Tayebat gum arabic edaran Natural Prebiotic (M) Sdn Bhd

2 thoughts on “Air Asam Kak Jah : Pencicah Istimewa Ikan Bakar

Leave a comment