Coconut Shake Kak Lah Di Kelas Al-Quran

Khasiat Air Kelapa Muda Hilangkan Dahaga

Suasana ‘haus’ ekoran perubahan iklim di Malaysia akhir-akhir ini turut dirasai anak-anak al-Quran yang memulakan pengajian seusai Solat Maghrib. Kata pepatah, “Bagai orang mengantuk disorongkan bantal”, mungkin itu perumpamaan paling tepat untuk anak-anak al-Quran malam ini apabila mendapat ‘buah tangan’ coconut shake daripada Kak Lah atau panggilan lebih mesra di kalangan anak-anak kampung sebagai Cik Lah.

Kelas Pengajian al-Quran malam ini ditangguh sekitar 8 minit untuk ‘acara bebas’ minum coconut shake dan bergambar. Anak-anak al-Quran kelihatan gembira dan puas dapat menikmati minuman air kelapa muda yang diberi Cik Lah. Tidak sekadar mendapat minuman dari gelas kertas, bahkan turut  diberi extra satu lagi jug minuman air kelapa muda yang popular di kalangan usahawan perniagaan minuman dan makanan bergerak seperti Kak Lah.

Penapis Air Semulajadi

Cuaca panas yang membahang ini agak merisaukan saya terhadap kesihatan keluarga. Saya menyediakan untuk mereka suplemen anti dehidrasi dan suplemen minyak ikan laut dalam untuk ketahanan badan.

Terdapat beberapa peningkatan di kalangan anak-anak kampung yang mempelajari al-Quran sejak mula beroperasi beberapa bulan yang lalu antaranya:

  • Cepat mengenal huruf
  • Cepat membaca
  • Mengingati ayat-ayat lazim
  • Mengetahui cara berwudhuk
  • Mengingati doa-doa dan surah-surah (pendek) tertentu
  • Akhlak lebih baik melalui nasihat dan pengajaran
  • Mengingati bacaan dalam solat (melalui latihan solat)

Perkara utama yang membuahkan hasil positif dan peningkatan ini adalah kerajinan di kalangan anak-anak kampung untuk sentiasa datang ke Kelas Pengajian al-Quran.

Anak-anak di usia ini sangat cepat mempelajari sesuatu perkara, mereka dapat mengingati dengan mudah terhadap apa yang disampaikan samada positif dan negatif. Maka di sini peranan ibu bapa menyampaikan semula kepada mereka dalam bentuk penerangan terhadap apa yang mereka terima.

Jika penerimaan berbentuk kebaikan diperolehi, maka ibu bapa perlu memberikan galakan agar kebaikan itu sentiasa menjadi keutamaan anak-anak. Jika penerimaan berbentuk perkara yang tidak baik diperolehi anak-anak, maka ibu bapa perlu menegur dan memberi penjelasan kepada anak-anak agar mereka berada dalam suasana ‘tahu’ dan ‘beringat’. Ini penting untuk perkembangan anak-anak.

Semoga anak-anak desa yang datang menimba ilmu pengajian al-Quran ini memperolehi manfaat dan kebaikan yang dapat dikongsi sekeluarga. Paling tidak, anak-anak sentiasa mendoakan kedua ibu bapa mereka setiap kali usai solat selain ilmu untuk bekalan perkembangan mereka.

Terima kasih Kak Lah di atas ‘penajaan’ coconut shake yang enak ini.

Kelas Pengajian al Quran

Advertisements

2 thoughts on “Coconut Shake Kak Lah Di Kelas Al-Quran

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s