Kunjungan Kerabat Meriahkan Aidilfitri

Kehadiran Sanak Saudara Meriahkan Suasana Aidilfitri Di Kuala Terengganu

Aidilfitri atau hari lebaran yang disambut pada 1 Syawal setiap tahun oleh umat Islam juga dikenali sebagai Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Puasa. Apabila ia merupakan acara sambutan bagi umat Islam, maka ia merentasi segala bentuk kaum, bangsa dan warna kulit. Seluruh dunia menyambutnya dengan penuh gembira. Kegembiraan ini diserikan lagi dengan kunjungan kerabat dan sanak saudara menjadikan Aidilfitri yang disambut di Kuala Terengganu sangat meriah.

hari raya, hari raya puasa, hari raya fitrah, hari raya aidilfitri, kerabat, sanak saudara, gum arabic food, serbuk al manna gum arabic, ziarah, kunjungan, tetamu, keluarga, lebaran, syawal, kuala terengganu,
Kaum Keluarga Dari Sebelah Bapa Mentua

Aidilfitri di Kuala Terengganu begitu bermakna bagi anak-anak dan seisi keluarga kerana berpeluang untuk menemui dan mengenali kaum kerabat dan sanak saudara dari negeri ‘Batu Bersurat’ ini. Hari raya pertama selalunya selepas selesai menikmati juadah hari raya, aktiviti menziarahi sanak saudara di sebelah ibu mentua yang kebanyakannya tinggal di kawasan berhampiran dengan kediaman dilakukan dengan kunjungan secara beramai-ramai. Di sebelah petang pula menerima kehadiran kaum keluarga yang tinggal berdekatan.

duit raya, anak anak, hari raya, hari raya puasa, hari raya fitrah, hari raya aidilfitri, kerabat, sanak saudara, gum arabic food, serbuk al manna gum arabic, ziarah, kunjungan, tetamu, keluarga, lebaran, syawal, kuala terengganu,
Anak-anak Seronok Dengan Duit Raya Yang Diperolehi

Syawal kedua pula menerima kehadiran sanak saudara yang kebanyakannya datang dari jauh. Manakala di sebelah petang pula menziarahi kaum keluarga di sebelah bapa mentua yang berada di kawasan yang lebih jauh dari kediaman. Kerabat di sebelah bapa mentua sangat ramai dan sukar dihitung jumlahnya. Boleh dikatakan kampung asal bapa mentua hampir semuanya mempunyai pertalian keluarga. Bual bicara Aidilfitri selalunya dimulai dengan pertanyaan seperti berapa jumlah anak, pekerjaan dan tempat tinggal. Menjual Serbuk Al-Manna Gum Arabic iaitu produk nutrisi serat yang tinggi sumber prebiotik keluaran jenama Ameer® adalah kerja part-time selain mengajar di sekolah.

hari raya, hari raya puasa, hari raya fitrah, hari raya aidilfitri, kerabat, sanak saudara, gum arabic food, serbuk al manna gum arabic, ziarah, kunjungan, tetamu, keluarga, lebaran, syawal, kuala terengganu,
Saat Menikmati Juadah Sate Raya Aidilfitri

Aidilfitri adalah tanda kemenangan yang dirai setelah mengharungi pelbagai bentuk latihan, ujian dan pengorbanan selama sebulan di madrasah Ramadan. Setiap kali tiba Ramadan, pasti ada sesuatu yang boleh dipelajari untuk wawasan diri di hari seterusnya. Begitu juga Ramadan yang baru sahaja ditinggalkan. Paling menarik, Ramadan kali ini dapat bawa anak-anak solat tarawih bersama. Tiada apa yang paling istimewa untuk diungkap selain terima kasih dan syukur ke hadral Ilahi.

hari raya, hari raya puasa, hari raya fitrah, hari raya aidilfitri, kerabat, sanak saudara, gum arabic food, serbuk al manna gum arabic, ziarah, kunjungan, tetamu, keluarga, lebaran, syawal, kuala terengganu,
Menemani Datuk Menonton TV Sambil Makan Biskut Raya Bersama Sepupu

Berkunjung ziarah di Aidilfitri dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan reda di kalangan ahli keluarga. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Al-Hakim dan At-Tabrani, Saidina Hassan (cucu Nabi) berkata, “Nabi memerintahkan kami pada pagi raya supaya memakai pakaian paling baik kami miliki dan berwangian dengan wangian paling baik yang kami miliki”.

nutrisi serat ameer, ameer, gum arabic, getah arab, serbuk almanna, serbuk alsalwa, roselle, serbuk alhawa, serbuk susu kambing organik, holland, chia seeds organik, biji chia,
Produk Gum Arabic boleh didapati di kiosk Aneka Kuih MYDIN Mall Kubang Kerian

Memiliki pakaian paling menarik dan wangian paling harum pastinya membuat insan gembira kerana ia memberi satu perasaan yang berbeza. Kegembiraan pula adalah fitrah semula jadi yang ada dalam diri manusia ditambah lagi dengan suasana kemeriahan sambutan hari raya Aidilfitri. Semoga Aidilfitri ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama keluarga, sanak saudara, jiran tetangga, rakan taulan dan semua insan. Bak kata Jamal Abdillah dalam lagu Salam Aidilfitri,

“Assalamualaikum, salam hamba hulur tanda ingatan. Buat semua insan umat Islam di pagi Syawal”.

One thought on “Kunjungan Kerabat Meriahkan Aidilfitri

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: