Cicit Tok Kenali Sampaikan Kuliah Di Masjid Mukim Al-Muttaqin Jalan Dato’ Lundang Kota Bharu
Penduduk sekitar Taman Mukim Al-Muttaqin akan berpeluang untuk bersama cicit Tok Kenali, Ustaz Muhammad Hafiz Hukmi menerusi sebuah majlis ‘Ceramah Maulidur Rasul’ yang akan diadakan pada Jumaat (selepas Maghrib), 15 November 2019 di Masjid Mukim Al-Muttaqin, Jalan Dato’ Lundang, Kota Bharu.
Ruang Hadapan Masjid Mukim Al-Muttaqin, Jalan Dato’ Lundang, Kota Bharu
Masjid Mukim Al-Muttaqin, Jalan Dato’ Lundang sentiasa menganjurkan aktiviti dan majlis ilmiah samada melibatkan penyertaan orang ramai yang terdiri di kalangan orang dewasa dan juga kanak-kanak. Majlis ilmu yang pernah diadakan antaranya Sambutan Asyura, Ceramah Hijrah Al-Rasul dan Ceramah Maulidur Rasul. Lokasi Masjid Mukim Al-Muttaqin berada di bersebalahan Institut Latihan FAMA Kota Bharu yang sebelum ini turut menyertai Karnival Jalinan Tani (ILFKB) 2019 melalui aktiviti jualan.
Ruang Hadapan Institut Latihan FAMA Kota Bharu
Pelbagai perkara dan aktiviti yang dapat ditemui di Karnival Jalinan Tani (ILFKB) 2019, antara jualan buah-buahan tempatan, ikan segar, produk tanaman, produk makanan yang dihasilkan sendiri dan nutrisi serat seperti Serbuk Al-Manna Gum Arabic, Serbuk Al-Hawa Arabic Gum dan Chia Seeds Organik.
Tok Kenali (1868 – 1933) atau nama sebenar Muhammad Yusuf bin Ahmad ialah seorang tokoh besar ulama Kelantan yang membangun pemikiran umat dan pencetus ilmu pengajian Islam di Malaysia dan Asia Tenggara di awal abad ke-20. Sebagai guru agama, Tok Kenali memilih cara hidup sederhana berpandukan kitab suci al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW.
Warisan Ilmu Tok Kenali Kelantan
Cicit beliau, Ustaz Muhammad Hafiz Hukmi bin Haji Wardi bin Haji Ahmad bin Haji Muhammad Yusuf meneruskan misi menyebarkan Islam sebagai pendakwah dan kini dijemput untuk menyampaikan ceramah agama sempena Maulidur Rasul. Dari desa pergi ke kota, mencari sahabat nan berbudi, kematian Tok Kenali tanpa mewarisi harta, tapi meninggalkan ilmu dana bakti. Semoga cicit beliau juga memiliki semangat dan keilmuan sebagaimana Tok Kenali.
Karnival Jalinan Tani (ILFKB) 2019 ini bermula dari pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang bakal menarik perhatian pengunjung dengan jualan hasil pertanian dan perikanan seperti buah dokong (RM1.50 / kilogram), jagung (RM0.50 / setongkol), anak pokok (RM10 / 1 pokok), pokok bunga (RM5 / 1 pokok), ikan kembong (RM10 / 1 kilogram), ikan selayang (RM9 / 1 kilogram) dan ikan cencaru (RM8 / 1 kilogram). Promosi barang kawalan juga diadakan dengan harga RM10 / bag. Manakala promosi sempena Hari Malaysia bagi produk nutrisi serat jenama AMEER melibatkan nutrisi Serbuk Al-Manna Gum Arabic dan Serbuk Al-Hawa Arabic Gum telah pun berakhir pada 25 September 2019.
Biar pun tempoh promosi Serbuk Al-Manna Gum Arabic (150 gram) dan Serbuk Al-Hawa Arabic Gum (250 gram) telah berakhir, namun booth jualan tetap dibuka di Karnival Jalinan Tani (ILFKB) 2019 di mana setiap produk ini masing-masing berharga RM30. Bagi pengunjung yang menggemari aktiviti sukan, pertandingan BeyBlade E-Sport Tani dan Kayuhan Tani bakal menyaksikan setiap peserta mempamerkan kemahiran tersendiri di Karnival Jalinan Tani (ILFKB) 2019 ini.
Acara Sepanjang Karnival Jalinan Tani (ILFKB) 2019
Selain jualan Serbuk Al-Manna Gum Arabic dan Serbuk Al-Hawa Arabic Gum, dua buah lagi produk nutrisi serat jenama AMEER iaitu Serbuk Al-Salwa Gum Arabic (150 gram) dan Chia Seeds Organik (150 gram) akan dipamerkan di booth jualan Karnival Jalinan Tani (ILFKB) 2019. Harga bagi Serbuk Al-Salwa Gum Arabic RM30 dan Chia Seeds Organik RM20. Melalui karnival ini, pengunjung juga berpeluang untuk membuat semakan di Kaunter Bergerak JPJ dan menyertai Kempen Derma Darah.
Persiapan Tempat Ruangan Aktiviti Karnival Jalinan Tani (ILFKB) 2019
Karnival Jalinan Tani (ILFKB) 2019 merupakan antara program pemasaran hasil produk agromakanan yang bertujuan meningkatkan pendapatan pengeluar bagi program peserta FAMA. Produk agromakanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta produk-produk industri asas tani. Produk nutrisi serat keluaran AMEER pula merupakan produk import yang tidak dihasilkan di dalam negara seperti serbuk Getah Arab atau Gum Arabic (Al-Manna) yang diperolehi dari pokok purba Akasia Senegal dari Sudan, Afrika.
Persiapan Tempat Gerai Niaga Karnival Jalinan Tani (ILFKB) 2019
Begitu juga dengan Chia Seeds Organik yang diimport dari Mexico, Amerika. Ia merupakan makanan asasi masyarakat purba yang dikenali sebagai kaum Aztec dan diamalkan sejak puluhan ribuan tahun dahulu. Apabila memasuki Eropah, biji Chia dinilai melalui piawaian ketat dan akhirnya diterima sebagai ‘Novel Food’ iaitu makanan yang bukan berasal dari Eropah tetapi disahkan mempunyai khasiat tinggi dan selamat digunakan. Chia Seeds Organik keluaran AMEER boleh didapati di Karnival Jalinan Tani (ILFKB) 2019.
Ruang Hadapan Institut Latihan FAMA Kota Bharu
FAMA berperanan besar dalam memacu sektor pemasaran domestik dan antarabangsa. Selain membantu meningkatkan pendapatan pengeluar, FAMA juga bertanggungjawab bagi memastikan produk pertanian dan industri asas tani dapat diperolehi pada harga mampu milik oleh pengguna. Karnival Jalinan Tani (ILFKB) 2019 menampilkan produk pada harga berpatutan. Penyertaan Stokis AMEER Kota Bharu melalui wakil di booth karnival sebagai memperkenalkan produk nutrisi semula jadi ke tengah masyarakat.
Banner Rasmi Karnival Jalinan Tani (ILFKB) 2019
FAMA kini sedang giat berusaha memberi fokus kepada pengukuhan bekalan melalui program ladang kontrak, memperluas akses pasaran dan meningkatkan promosi pasaran tempatan dan eksport. Karnival Jalinan Tani (ILFKB) 2019 disambut baik di kalangan peserta antaranya Masjid Mukim Al-Muttaqin, Jalan Dato’ Lundang yang berada di bersebelahan bangunan FAMA turut membuka gerai jualan sambil menderma di karnival tersebut. Produk nutrisi serat Serbuk Al-Manna Gum Arabic juga mendapat sambutan baik dari kalangan jamaah Masjid Mukim Al-Muttaqin.
Orang ramai dijemput hadir menyaksikan pelbagai acara di Karnival Jalinan Tani (ILFKB) 2019 yang akan berlangsung sepanjang dua hari di perkarangan Institut Latihan FAMA Kota Bharu. Dapatkan produk agromakanan dan industri asas tani serta produk lain seperti Serbuk Al-Manna Gum Arabic, Serbuk Al-Salwa Gum Arabic, Serbuk Al-Hawa Arabic Gum dan Chia Seeds Organik melalui wakil Stokis nutrisi AMEER Kota Bharu di booth Karnival Jalinan Tani (ILFKB) 2019.
Produk AMEER® Juga Boleh Didapati di Kiosk Aneka Kuih MYDIN Mall Kubang Kerian
Program Asyura Masjid Mukim Al-Muttaqin Jalan Dato’ Lundang Bermula Seawal 7.00 Pagi Hingga 7.00 Petang
Selepas berjaya menganjurkan majlis Ceramah Hijrah Al-Rasul di Masjid Mukim Al-Muttaqin, Jalan Dato’ Lundang, Kota Bharu, kini pihak jawatankuasa masjid meneruskan aktiviti dalam skala yang lebih besar dengan menumpukan penyertaan daripada jamaah masjid dan penduduk kampung sekitar Taman Al-Muttaqin melalui acara masak bubur asyura atau Majlis Asyura Masjid Mukim Al-Muttaqin sempena sambutan bulan Islam – Muharram 1441H.
Program besar-besaran yang menjadi acara mega tahunan Masjid Mukim Al-Muttaqin ini menyasarkan kepada persiapan seawal aktivti melibatkan tenaga kerja ramai terutama golongan belia di samping dewasa untuk memasak bubur asyura. Beberapa kawah akan digunakan untuk memasak bubur asyura yang akan dinikmati orang ramai. Majlis Asyura Masjid Mukim Al-Muttaqin akan diadakan pada hari Sabtu, 14 September 2019 bersamaan 14 Muharram 1441H bermula seawal pukul 7.00 pagi hingga 7.00 petang di perkarangan Masjid Mukim Al-Muttaqin.
Para jamaah masjid, penduduk sekitar Taman Al-Muttaqin dan orang ramai dijemput untuk membantu melancarkan persiapan acara memasak bubur asyura yang dihidangkan kepada seluruh masyarakat. Majlis ini dianjurkan oleh jawatankuasa Masjid Mukim Al-Muttaqin, Jalan Dato’ Lundang, Kota Bharu dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Muttaqin.
Serbuk Getah Arab Akasia Senegal dari Sudan
Program penyediaan bubur asyura ini juga memerlukan sumbangan daripada orang ramai dalam melicinkan lagi persiapan dan perjalanan acara sambutan asyura di Masjid Mukim Al-Muttaqin. Sumbangan boleh dihulurkan kepada pihak bertanggungjawab atau melalui tabung derma yang disediakan untuk acara. Sumbangan yang dihulurkan orang ramai akan membantu meringankan kos perbelanjaan yang dikeluarkan.
Majlis asyura Masjid Mukim Al-Muttaqin merupakan aktiviti persiapan dan penyediaan bubur asyura yang mendapat komitmen menggalakan daripada orang ramai. Aktiviti yang diadakan dengan penyertaan sebahagian besar penduduk kampung dan orang ramai dapat meningkatkan persaudaraan di kalangan masyarakat dan jamaah Masjid Mukim Al-Muttaqin, Jalan Dato’ Lundang.
Corak pemakanan seimbang juga boleh diberi penekanan kepada orang ramai melalui pengambilan hidangan yang sesuai dan menyihatkan antaranya mengawal pengambilan makanan berlemak, tinggi kolesterol dan gula berlebihan. Makanan berbentuk sayuran dan serat perlu dipertingkatkan dalam menu hidangan harian serta minuman air kosong yang mencukupi untuk badan kekal sihat.
Serbuk Susu Kambing Organik dari Holland
Makanan berbentuk nutrisi serat boleh didapati antaranya melalui sayur-sayuran dan buah-buahan. Produk nutrisi serat yang mudah untuk disediakan dan mempunyai khasiat yang tinggi seperti kalsium dan bertindak sebagai prebiotik semula jadi ialah Serbuk Al-Manna Gum Arabic yang merupakan serbuk Getah Arab asli dari Negara Sudan. Getah Arab merupakan sumber prebiotik semula jadi paling tinggi yang sangat baik (antaranya) untuk perut dan usus.
Selain Gum Arabic atau al-manna, susu kambing juga bagus untuk diamalkan bagi sesiapa yang mempunyai alahan terhadap susu lembu atau sememangnya menggemari susu kambing untuk mendapatkan khasiat daripadanya. Serbuk Al-Hawa Arabic Gum merupakan serbuk susu kambing organik yang diimport dari Holland, Netherlands (Belanda) dengan campuran 20 peratusGum Arabic dan selebihnya (80 peratus) serbuk susu kambing organik.
Kebetulan pula, bulan September 2019 merupakan bulan tawaran istimewa bagi kedua-dua buah produk keluaran jenama AMEER ini iaitu Promosi Hari Malaysia 16 September Al-Manna dan Al-Hawa. Sudah tentu promosi istimewa ini memberi kelebihan kepada pengguna untuk memilikinya pada harga yang murah namun kuantiti berganda. Kesihatan yang baik bermula dari perut dengan penjagaan makanan yang sihat dan seimbang.
Pengeposan Juga Dibuat Melalui POS Laju Malaysia
Seorang jamaah Masjid Mukim Al-Muttaqin, Jalan Dato’ Lundang pernah mencuba minuman Serbuk Al-Manna Gum Arabic dan kesannya baik untuk sendi. Kata seorang pengguna kepada bilal masjid – Abe Ya,
“Ambo dulu payoh nok gerok betul kaki dalam solat, tapi selepas amal Al-Manna (Gum Arabic) hok Abe Ya beri ni, jadi mudoh nok gerok nok betulkan kaki semasa solat”.
Nutrisi serat Serbuk AL-Manna Gum Arabic boleh dijadikan ikhtiar sebagai pemakanan yang baik untuk kesihatan hasil dari perkongsian Abe Ya (bilal masjid) dengan jamaah Masjid Mukim Al-Muttaqin yang lain. Acara penyediaan masakan bubur sempena Majlis Asyura Masjid Mukim Al-Muttaqin, Jalan Dato’ Lundang, Kota Bharu ini memerlukan komitmen dan stamina yang tinggi sepanjang kelangsungannya – Serbuk Al Manna Gum Arabic boleh dijadikan ikhtiar.
Tahniah kepada jawatankuasa Masjid Mukim Al-Muttaqin dengan kerjasama KRT Muttaqin di atas penganjuran program kemasyarakatan ini – Majlis Asyura Masjid Mukim Al-Muttaqin – yang menjadi antara platformpengukuhan silaturahim sesama masyarakat. Orang ramai dijemput ke perkarangan Masjid Mukim Al-Muttaqin, Jalan Dato’ Lundang, Kota Bharu bagi membantu penyediaan dan sama-sama menikmati juadah bubur asyura.
Produk AMEER® Juga Boleh Didapati di Kiosk Aneka Kuih MYDIN Mall Kubang Kerian
Masjid Mukim Al-Muttaqin Jalan Dato’ Lundang Kota Bharu Anjur Ceramah Hijrah Al-Rasul 1441H/ 2019
Ahli Jawatankuasa Masjid Mukim Al-Muttaqin, Jalan Dato’ Lundang, Kota Bharu menjemput semua masyarakat untuk hadir beramai-ramai ke majlis ilmu Ceramah Hijrah Al-Rasul yang akan diadakan pada hari Khamis, 12 September 2019 bersamaan 12 Muharram 1441 Hijriah seusai solat Maghrib berjamaah di masjid tersebut.
Ceramah Hijrah Al-Rasul yang akan diadakan di Masjid Mukim Al-Muttaqin, Jalan Dato’ Lundang ini menampilkan penceramah jemputan, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Bin Abdul Kadir selaku mudir (pengetua) Pondok Irfan Al-Islamiah, Kampung Alor Tal, Wakaf Bharu, Tumpat.
Sempena majlis ilmu Ceramah Hijrah Al-Rasul ini juga, Masjid Mukim Al-Muttaqin juga melancarkan tabung derma masjid untuk orang ramai membuat sumbangan bagi melicinkan lagi persiapan dan perjalanan majlis ini. Sumbangan derma juga boleh dibuat semasa menghadiri majlis yang akan diadakan ini menerusi tabung derma yang disediakan pihak jawatankuasa masjid.
Masjid Mukim Al-Muttaqin yang berada di Jalan Dato’ Lundang antara masjid di Kota Bharu yang aktif dalam menjalankan aktiviti keagaamaan dan kemasyarakatan. Program berbentuk jamuan juga kerap diadakan apabila menyambut acara tertentu antaranya seperti Majlis Ceramah Israk Mikraj, Majlis Asyura dan Hari Raya. Sambutan yang diberi setiap kali acara diadakan begitu memberangsangkan di kalangan masyarakat setempat dan jamaah yang selalu ke masjid ini.
Pengenalan kepada corak pemakanan dan nutrisi serat yang menyihatkan juga pernah dibuat menerusi edaran risalah seperti produk berkaitan prebiotik, susu kambing organik dan chia seed. Produk nutrisi serat keluaran syarikat Ameer Al Manna Sdn Bhd iaitu Serbuk Al-Manna Gum Arabic, Serbuk Al-Salwa Gum Arabic, Serbuk Al-Hawa Arabic Gum dan Chia Seeds Organik mendapat sambutan baik di kalangan pengunjung Masjid Mukim Al-Muttaqin di mana tempat untuk untuk mendapatkan produk-produk ini tidak jauh dari kawasan masjid.
Lebih menarik lagi, terdapat Promosi Sempena Hari Malaysia 16 September yang melibatkan tawaran istimewa untuk produk Serbuk Al-Manna Gum Arabic iaitu serbuk Getah Arab yang dihasilkan dari cairan getah pokok akasia senegal di Sudan (gred terbaik) dan Serbuk Al-Hawa Arabic Gum iaitu serbuk susu kambing organik dari Holland, Netherlands (Belanda) untuk dimiliki setiap pengunjung Masjid Mukim Al-Muttaqin.
Serbuk Susu Kambing Organik dari Holland
Terdapat dua kategori promosi nutrisi serat jenama AMEER iaitu kategori pertama melibatkan pembelian sebanyak dua unit Serbuk Al-Manna Gum Arabic dan dua unit Serbuk Al-Hawa Arabic Gum pada harga istimewa RM100. Manakala bagi promosi kategori kedua ialah pembelian sebanyak empat unit Serbuk Al-Hawa Arabic Gum pada harga RM100. Bermakna setiap kategori mempunyai jumlah pembelian empat unit produk dan harga masing-masing setiap satu RM30 (jimat RM20 bagi pembelian bulan promosi ini yang berakhir pada 25 September 2019.
Bersama hadiri majlis ilmu Ceramah Hijrah Al-Rasul di Masjid Mukim Al-Muttaqin, Jalan Dato’ Lundang, Kota Bharu. Bawa bersama keluarga dan jiran untuk mengutip setiap mutiara ilmu yang bakal disampaikan oleh Tuan Guru Haji Abdul Rahman Bin Abdul Kadir penceramah jemputan di Masjid Mukim Al-Muttaqin.
Promosi Pembelian Dua Paket Serbuk Gum Arabic dan Dua Paket Serbuk Al-Hawa Susu Kambing Dengan Hanya RM100 Sepanjang Julai 2019
Serbuk Al-Manna Gum Arabic dan Serbuk Al-Hawa Arabic Gum merupakan produk promosi sepanjang Julai 2019. Kedua-dua produk ini adalah sebahagian daripada empat produk di bawah jenama AMEER® yang merupakan syarikat anak tempatan bumiputera muslim. Syarat untuk menerima harga tawaran ini ialah dengan membeli sebanyak dua paket Serbuk Al-Manna dan dua paket Serbuk Al-Hawa untuk memperolehi tawaran harga istimewa pada RM100.
Serbuk Getah Arab Akasia Senegal dari Sudan
Harga asal bagi setiap paket produk ini RM30. Pembelian empat produk sepatutnya pada RM120, kini penjimatan diperolehi sebanyak RM20 pada harga pembelian RM100. Promosi istimewa ini dilihat semakin menarik perhatian ramai pengguna untuk mendapatkannya sebagai persediaan nutrisi serat menjelang Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi.
Kedua-dua produk Serbuk Al-Manna Gum Arabic dan Serbuk Al-Hawa Arabic Gum mempunyai kebaikan dan manfaat tersendiri sebagai makanan kesihatan. Serbuk Al-Manna Gum Arabic umpamanya, diakui umum sebagai makanan yang mengandungi khasiat prebiotik paling tinggi berbanding nutrisi lain. Rujukan FAO dan EFSA antara contoh untuk diambil maklumat mengenai gum arabic.
Serbuk Susu Kambing Organik dari Holland
Serbuk Al-Hawa Arabic Gum pula merupakan kombinasi serbuk susu kambing organik dari Holland, Netherlands (Belanda) dengan serbuk getah Arab daripada pokok acacia senegal di Sudan, Afrika. Sebanyak 20% penambahangum arabic ke dalam setiap kanister serbuk susu kambing organik Al-Hawa Arabic Gum menjadikan produk seumpama ini antara yang sukar ditemui di pasaran.
Susu kambing terkenal dengan khasiatnya untuk kesihatan seperti kandungan kalsium yang tinggi dan ikhtiar pengamalan yang tertatur mampu menguatkan tulang dari masalah pereputan tulang atau dikenali sebagai osteoporosis. Tahap keperluan protein dan asid amino dalam badan dapat dikekalkan dengan pengamalan minuman susu kambing.
Semua Produk Nutrisi Serat AMEER®
“Getah Arab sangat baik untuk kesihatan perut dan usus”, hanya sebahagian kecil paparan manfaatnya yang selalu dikumandangkan. Melihat kepada maklum balas pengguna yang akhirnya mengambil keputusan untuk menjadi pengedar, terserlah jawapan “Al-Manna sangat baik untuk sendi, pergerakan ibadah solat menjadi mudah” sebagaimana diyakini seorang nenek berusia 76 tahun di Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.
Promosi Serbuk Al-Manna Gum Arabic dan Serbuk Al-Hawa Arabic Gum dengan tawaran istimewa pembelian empat paket (2x Al-Manna dan 2x Al-Hawa) pada harga RM100 merupakan peluang penjimatan yang harus diraih pengguna yang telah merasai khasiatnya dan bakal pengguna yang ingin mencuba sendiri kebaikan nutrisi serat secara semula jadi tanpa penambahan bahan yang tidak dibenarkan. Produk boleh diperolehi daripada Stokis Nurisi Serat AMEER® Kota Bharu samada melalui penghantaran (COD) dan pengeposan.
Produk AMEER® Juga Boleh Didapati di Kiosk Aneka Kuih MYDIN Mall Kubang Kerian
Lagoon Kuala Ibai Destinasi Menarik Untuk Kunjungan Seisi Keluarga
Tempoh cuti sekolah sempena hari raya Aidilfitri tahun ini agak singkat. Bukan kerana jumlah hari cuti sedikit, tetapi cuti sekolah bermula lebih awal dari jarak hari raya. Sekitar dua minggu di bulan Ramadan cuti sekolah telah pun bermula. Manakala jumlah hari cuti untuk hari raya sudah berada di penghujung tempoh. Dalam erti kata lain, cuti untuk berhari raya tidak sampai seminggu. Justeru, sebarang aktiviti selain kunjungan hari raya perlu dilakukan pada empat hari pertama di bulan Syawal, manakala Syawal kelima hari persekolahan telah bermula.
Taman Permainan Lagoon Kuala Ibai, Kuala Terengganu
Pulang cuti berhari raya atau balik kampung, saat paling menyeronokkan lebih-lebih lagi anak-anak yang semakin membesar dan semakin tahu tempat mana yang ingin dituju setiap kali pulang ke kampung halaman, di mana terletaknya tempat tinggal keluarga mentua di Kuala Terengganu. Rehlah ke kawasan peranginan sambil menikmati keindahan dan makan-makan sudah tersemat dalam ‘diari’ ingatan anak-anak. Serbuk Al-Manna Gum Arabic sentiasa dibawa bersama sebagai minuman prebiotik semula jadi untuk kekal cergas. Asalkan tidak mengeluarkan perbelanjaan yang besar dan membazir, permintaan anak-anak boleh ditunaikan.
Kawasan Air Cetek di Lagoon Kuala Ibai, Kuala Terengganu
Siapa kata di hari raya tiada orang yang akan pergi ke pantai? Rupanya di hari raya juga ramai pengunjung datang menikmati keindahan alam dengan udara yang nyaman sebagaimana di Lagoon Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Boleh dikatakan ramai perantauan khususnya mengambil peluang cuti hari raya ini untuk membawa keluarga menghabiskan sisa cuti Aidilfitri di pusat rekreasi Lagoon Kuala Ibai yang terletak kira-kira lima kilometer dari Bandar Kuala Terengganu.
Pemandangan Indah di Lagoon Kuala Ibai, Kuala Terengganu
Seolah menjadi trend perayaan pula apabila ada yang membawa kelengkapan barbeku ke pantai dan tidak kurang juga yang membawa warga emas (mungkin ayah dan ibu atau mentua) menaiki kenderaan elektrik yang disediakan untuk disewa mengikut masa yang diperuntukkan. Tentunya kunjungan kerabat meriahkan Aidilfitri dan akan menjadi lebih meriah bila ada acara tertentu sempena hari raya dapat diadakan secara bersama-sama.
Jarak Ombak Yang Jauh dari kawasan Lagoon Kuala Ibai
Mandi pantai adalah saat diidamkan anak-anak. Jika ada juadah menarik yang boleh didapati di gerai makanan sepanjang laluan pantai, tentunya mandi pantai lebih menjadi keutamaan mereka. Selepas mandi di Lagoon Kuala Ibai, perut mula berkeroncong dan anak-anak ingin membeli juadah di gerai makanan seperti mee dan pisang goreng cheese. Hidangan mee dan minuman bertambah khasiat apabila dicampur dengan Chia Seeds Organik yang selalu dibawa bersama.
Persediaan Chia Seeds Organik di Lagoon Kuala Ibai
Menariknya di Lagoon Kuala Ibai ini, terdapat kawasan air cetek yang sedikit jauh dari kawasan terjahan ombak memudahkan pengunjung untuk melepaskan anak-anak bermain air pantai. Namun kawasan yang dikira selamat adalah yang paling berhampiran dengan daratan. Walaupun jauh dari ombak, terdapat juga kawasan yang airnya sedikit dalam dan menjadi laluan bot kecil melintasinya.
Pengunjung Tidak Perlu Berjalan Jauh dari Kenderaan
Di kawasan pantai Lagoon Kuala Ibai, terdapat juga kawasan yang berbatu. Pengunjung lebih digalakkan untuk membawa anak-anak ke kawasan tiada batu bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Pengunjung juga perlu sentiasa memantau dan memerhatikan anak-anak ketika mandi di kawasan tersebut.
Juadah Mee dari Gerai Jualan di Lagoon Kuala Ibai
Syawal ketiga yang jatuh pada hari Jumaat adalah masa terbaik untuk memenuhi keinginan anak-anak dengan membawa mereka pada waktu petang ke Taman Permainan Lagoon Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Keriangan anak-anak terselah dapat ‘sentuh’ air pantai dan segala kelengkapan pakaian untuk mandi juga telah disediakan sebelum berangkat. Kemeriahan Syawal di Kuala Terengganu begitu terasa biar pun masa untuk ke sana-sini dalam memenuhi semangat Aidilfitri begitu terhad dan singkat.
Pisang Goreng Cheese di Lagoon Kuala Ibai
Aidilfitri di Lagoon Kuala Ibai begitu meriah. Kemeriahan ini dibawa daripada semangat Aidilfitri pada hari sebelumnya seperti jamuan, ziarah dan tautan silaturahim yang terbina mengukuhkan lagi ukhuwah sesama keluarga dan kerabat. Aidilfitri di Lagoon Kuala Ibai adalah catatan untuk memori di hari depan. Pengunjung yang ingin bercuti ke Kuala Terengganu, jangan lepaskan peluang untuk datang ke salah satu destinasi tarikan pelancongan dan menikmati keindahan di Lagoon Kuala Ibai.
Produk Gum Arabic boleh didapati di kiosk Aneka Kuih MYDIN Mall Kubang Kerian
Kehadiran Sanak Saudara Meriahkan Suasana Aidilfitri Di Kuala Terengganu
Aidilfitri atau hari lebaran yang disambut pada 1 Syawal setiap tahun oleh umat Islam juga dikenali sebagai Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Puasa. Apabila ia merupakan acara sambutan bagi umat Islam, maka ia merentasi segala bentuk kaum, bangsa dan warna kulit. Seluruh dunia menyambutnya dengan penuh gembira. Kegembiraan ini diserikan lagi dengan kunjungan kerabat dan sanak saudara menjadikan Aidilfitri yang disambut di Kuala Terengganu sangat meriah.
Kaum Keluarga Dari Sebelah Bapa Mentua
Aidilfitri di Kuala Terengganu begitu bermakna bagi anak-anak dan seisi keluarga kerana berpeluang untuk menemui dan mengenali kaum kerabat dan sanak saudara dari negeri ‘Batu Bersurat’ ini. Hari raya pertama selalunya selepas selesai menikmati juadah hari raya, aktiviti menziarahi sanak saudara di sebelah ibu mentua yang kebanyakannya tinggal di kawasan berhampiran dengan kediaman dilakukan dengan kunjungan secara beramai-ramai. Di sebelah petang pula menerima kehadiran kaum keluarga yang tinggal berdekatan.
Anak-anak Seronok Dengan Duit Raya Yang Diperolehi
Syawal kedua pula menerima kehadiran sanak saudara yang kebanyakannya datang dari jauh. Manakala di sebelah petang pula menziarahi kaum keluarga di sebelah bapa mentua yang berada di kawasan yang lebih jauh dari kediaman. Kerabat di sebelah bapa mentua sangat ramai dan sukar dihitung jumlahnya. Boleh dikatakan kampung asal bapa mentua hampir semuanya mempunyai pertalian keluarga. Bual bicara Aidilfitri selalunya dimulai dengan pertanyaan seperti berapa jumlah anak, pekerjaan dan tempat tinggal. Menjual Serbuk Al-Manna Gum Arabic iaitu produk nutrisi serat yang tinggi sumber prebiotik keluaran jenama Ameer® adalah kerja part-time selain mengajar di sekolah.
Saat Menikmati Juadah Sate Raya Aidilfitri
Aidilfitri adalah tanda kemenangan yang dirai setelah mengharungi pelbagai bentuk latihan, ujian dan pengorbanan selama sebulan di madrasahRamadan. Setiap kali tiba Ramadan, pasti ada sesuatu yang boleh dipelajari untuk wawasan diri di hari seterusnya. Begitu juga Ramadan yang baru sahaja ditinggalkan. Paling menarik, Ramadan kali ini dapat bawa anak-anak solat tarawih bersama. Tiada apa yang paling istimewa untuk diungkap selain terima kasih dan syukur ke hadral Ilahi.
Menemani Datuk Menonton TV Sambil Makan Biskut Raya Bersama Sepupu
Berkunjung ziarah di Aidilfitri dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan reda di kalangan ahli keluarga. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Al-Hakim dan At-Tabrani, Saidina Hassan (cucu Nabi) berkata, “Nabi memerintahkan kami pada pagi raya supaya memakai pakaian paling baik kami miliki dan berwangian dengan wangian paling baik yang kami miliki”.
Produk Gum Arabic boleh didapati di kiosk Aneka Kuih MYDIN Mall Kubang Kerian
Memiliki pakaian paling menarik dan wangian paling harum pastinya membuat insan gembira kerana ia memberi satu perasaan yang berbeza. Kegembiraan pula adalah fitrah semula jadi yang ada dalam diri manusia ditambah lagi dengan suasana kemeriahan sambutan hari raya Aidilfitri. Semoga Aidilfitri ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama keluarga, sanak saudara, jiran tetangga, rakan taulan dan semua insan. Bak kata Jamal Abdillah dalam lagu Salam Aidilfitri,
“Assalamualaikum, salam hamba hulur tanda ingatan. Buat semua insan umat Islam di pagi Syawal”.
Majlis Hari Raya Aidilfitri dan Khatam Al-Quran Kali Ke-3 Masjid Mukim Al-Muttaqin Jalan Dato’ Lundang Kota Bharu
Hebahan untuk orang ramai dan jemputan semua untuk hadir memeriahkan Majlis Hari Raya Aidilfitri & Khatam Al-Quran Kali Ke-3 di Masjid Mukim Al-Muttaqin, Jalan Dato’ Lundang, Kota Bharu, Kelantan. Majlis ini akan diadakan pada Rabu, 3 Julai 2019 bersamaan 29 Syawal 1440.
Sorotan Aktiviti Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari
Majlis yang akan bermula selepas solat zuhur tersebut dijangka akan dihadiri ramai tetamu samada dari kawasan Taman Al-Muttaqin, penduduk dari kampung-kampung berhampiran dan jamaah dari jauh yang selalu mengikuti perkembangan majlis ilmu di Masjid Mukim Al-Muttaqin.
Sorotan Aktiviti Bersama Tuan Guru Hj Ghazali Ahmad
Masjid Mukim Al-Muttaqin, Jalan Dato’ Lundang antara masjid yang aktif dengan kegiatan keagamaan dan kebajikan kemasyarakatan. Sambutan majlis hari raya merupakan acara tahunan yang sentiasa mendapat kerjasama yang baik di kalangan masyarakat setempat.
Sorotan Aktiviti Bersama Ustaz Hj Saifudin Abdul Rahman
Jemputan Majlis Hari Raya Aidilfitri & Majlis Khatam Al-Quran Kali Ke-3 anjuran Masjid Mukim Al-Muttaqin, Jalan Dato’ Lundang, Kota Bharu ini terbuka kepada semua orang ramai. Hidangan istimewa menanti pengunjung termasuk Roti Canai ‘Gelegok’ yang didatangkan khas dari WARUNG EKINAZHARI.
Sorotan Aktiviti Bersama Ustaz Muhammad Subki Abdul Rahman
WARUNG EKINAZHARI turut dikenali dalam penyediakan hidangan sarapan pagi dan tengahari termasuk produk nutrisi serat seperti Serbuk Al-Manna Gum Arabic, Serbuk Al-Salwa Gum Arabic, Serbuk Al-Hawa Arabic Gum dan Chia Seeds Organik. Bersama meriahkan Syawal dengan aktiviti menziarahi dan eratkan hubungan antara satu sama lain. Jemput hadir ke Majlis Hari Raya Aidilfitri & Majlis Khatam Al-Quran Kali Ke-3 di Masjid Mukim Al-Muttaqin, Jalan Dato’ Lundang, Kota Bharu, Kelantan.
Solat Hajat Pembukaan WARUNG EKINAZHARI bersama Jamaah Masjid Mukim Al-Muttaqin
Hidangan Sarapan Pagi dan Tengahari Yang Enak di WARUNG EKINAZHARI
WARUNG EKINZHARI sehingga artikel ini ditulis, mungkin masih baharu bertapak dalam sektor jualan makanan dan minuman khususnya hidangan warung kegemaran rakyat Malaysia seperti Nasi lauk Ayam Masak Kari, Ayam Masak Merah, Ikan Gulai Kari dan Roti Canai. Hanya memetik beberapa menu yang boleh didapati di WARUNG EKINAZHARI yang pada asalnya dikendalikan sebagai Kedai Kopi MJ, tradisi hidangan diteruskan dengan penyediaan sarapan pagi dan tengahari.
Serbuk Al-Salwa Gum Arabic di WARUNG EKINAZHARI
Melalui tagline khas untuk juadah roti canai yang diperkenalkan sebagai Roti Canai ‘Gelegok’ atau menggelegak, WARUNG EKINAZHARI memberikan sentuhan yang bervariasi hanya menggunakan tepung roti canai. Lalu terhasil aneka juadah roti canai antaranya Roti Telur, Roti Bawang, Roti Sardin, Roti Cotek, Roti Pisang, Roti Milo, Roti Tisu, Roti Planta dan Roti Banjir.
Penyediaan Juadah di WARUNG EKINAZHARI
WARUNG EKINAZHARI juga menyediakan hidangan masakan panas dan membuka tempahan untuk semua juadah yang disediakan. Sebagai permulaan, operasi WARUNG EKINAZHARI bermula dari waktu 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Di sebelah malam pula, penggemar hidangan burger boleh menikmati pelbagai cita rasa burger yang disediakan oleh Firdaus’s Burger Corner (FBC) hingga ke lewat malam atau awal pagi.
Jualan Burger di Waktu Malam Oleh FBC di Depan WARUNG EKINAZHARI
Di awal pembukaan WARUNG EKINAZHARI, sebuah majlis solat hajat dan jamuan telah diadakan dengan menjemput jamaah dari Masjid Mukim Al-Muttaqin, Jalan Dato’ Lundang, solat hajat berjamaah dipimpin oleh Imam Muda Masjid Mukim Al-Muttaqin. Jamuan Laksa Penang dan Laksa Kuah Putih dihidangkan oleh pengusaha WARUNG EKINAZHARI, sementara juadah Burger Kambing disediakan pengusaha FBC.
Keenakan Roti Pital Ciptaan FBC di WARUNG EKINAZHARI
Lokasi WARUNG EKINAZHARI di Kampung Bayam, Jalan Dato’ Lundang, Kota Bharu, Kelantan. Kedudukannya berhampiran dengan traffic lightPersimpangan Kg. Bayam iaitu di sebelah kiri jika melalui jalan bermula dari Kompleks Balai Islam Lundang. Di bahagian depan pula (arah bertentangan) terdapat sebuah kedai perabut Tirai Sri Furniture dan Masjid Hijau As-Sa’adah Kampung Bayam.
Kerangupan Roti Tisu di WARUNG EKINAZHARI
Selain menjual hidangan sarapan pagi dan tengahari (termasuk sarapan malam di FBC), WARUNG EKINAZHARI juga turut menjual produk nutrisi serat untuk kesihatan seperti Serbuk Al-Manna Gum Arabic, Serbuk Al-Salwa Gum Arabic, Serbuk Al-Hawa Arabic Gum dan Chia Seeds Organik. WARUNG EKINAZHARI menjadi tempat yang mudah untuk ditemui pengunjung kerana terdapat banyak kedai makan popular, stesen minyak PETRONAS dan penghubung laluan ke destinasi-destinasi penting.
Nutrisi Fiber Ameer® Juga Boleh Didapati di MYDIN Mall Kuang Kerian
Nikmati juadah enak sarapan pagi dan tengahari di WARUNG EKINAZHARI. Selain menyediakan hidangan yang dimasak sendiri, terdapat juga juadah yang ditempatkan di WARUNG EKINAZHARI seperti Nasi Kerabu, Nasi Lemak dan kuih-muih. Tempahan pelbagai juadah dibuka kepada semua. Harga berpatutan dan sesuai dijadikan lokasi bertemu semua peringkat usia. WARUNG EKINAZHARI adalah warung untuk seisi keluarga.