Ceramah Hijrah Al-Rasul Di Masjid Mukim Al-Muttaqin

Masjid Mukim Al-Muttaqin Jalan Dato’ Lundang Kota Bharu Anjur Ceramah Hijrah Al-Rasul 1441H/ 2019

Ahli Jawatankuasa Masjid Mukim Al-Muttaqin, Jalan Dato’ Lundang, Kota Bharu menjemput semua masyarakat untuk hadir beramai-ramai ke majlis ilmu Ceramah Hijrah Al-Rasul yang akan diadakan pada hari Khamis, 12 September 2019 bersamaan 12 Muharram 1441 Hijriah seusai solat Maghrib berjamaah di masjid tersebut.

Ceramah Hijrah Al-Rasul yang akan diadakan di Masjid Mukim Al-Muttaqin, Jalan Dato’ Lundang ini menampilkan penceramah jemputan, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Bin Abdul Kadir selaku mudir (pengetua) Pondok Irfan Al-Islamiah, Kampung Alor Tal, Wakaf Bharu, Tumpat.

Sempena majlis ilmu Ceramah Hijrah Al-Rasul ini juga, Masjid Mukim Al-Muttaqin juga melancarkan tabung derma masjid untuk orang ramai membuat sumbangan bagi melicinkan lagi persiapan dan perjalanan majlis ini. Sumbangan derma juga boleh dibuat semasa menghadiri majlis yang akan diadakan ini menerusi tabung derma yang disediakan pihak jawatankuasa masjid.

Ceramah Hijrah Al-Rasul Masjid Mukim Al-Muttaqin

Masjid Mukim Al-Muttaqin yang berada di Jalan Dato’ Lundang antara masjid di Kota Bharu yang aktif dalam menjalankan aktiviti keagaamaan dan kemasyarakatan. Program berbentuk jamuan juga kerap diadakan apabila menyambut acara tertentu antaranya seperti Majlis Ceramah Israk Mikraj, Majlis Asyura dan Hari Raya. Sambutan yang diberi setiap kali acara diadakan begitu memberangsangkan di kalangan masyarakat setempat dan jamaah yang selalu ke masjid ini.

Pengenalan kepada corak pemakanan dan nutrisi serat yang menyihatkan juga pernah dibuat menerusi edaran risalah seperti produk berkaitan prebiotik, susu kambing organik dan chia seed. Produk nutrisi serat keluaran syarikat Ameer Al Manna Sdn Bhd iaitu Serbuk Al-Manna Gum Arabic, Serbuk Al-Salwa Gum Arabic, Serbuk Al-Hawa Arabic Gum dan Chia Seeds Organik mendapat sambutan baik di kalangan pengunjung Masjid Mukim Al-Muttaqin di mana tempat untuk untuk mendapatkan produk-produk ini tidak jauh dari kawasan masjid.

Lebih menarik lagi, terdapat Promosi Sempena Hari Malaysia 16 September yang melibatkan tawaran istimewa untuk produk Serbuk Al-Manna Gum Arabic iaitu serbuk Getah Arab yang dihasilkan dari cairan getah pokok akasia senegal di Sudan (gred terbaik) dan Serbuk Al-Hawa Arabic Gum iaitu serbuk susu kambing organik dari Holland, Netherlands (Belanda) untuk dimiliki setiap pengunjung Masjid Mukim Al-Muttaqin.

serbuk al hawa, susu kambing organik, semula jadi, nutrisi serat, kalsium, holland, netherlands, belanda, kombinasi arabic gum, eropah,
Serbuk Susu Kambing Organik dari Holland

Terdapat dua kategori promosi nutrisi serat jenama AMEER iaitu kategori pertama melibatkan pembelian sebanyak dua unit Serbuk Al-Manna Gum Arabic dan dua unit Serbuk Al-Hawa Arabic Gum pada harga istimewa RM100. Manakala bagi promosi kategori kedua ialah pembelian sebanyak empat unit Serbuk Al-Hawa Arabic Gum pada harga RM100. Bermakna setiap kategori mempunyai jumlah pembelian empat unit produk dan harga masing-masing setiap satu RM30 (jimat RM20 bagi pembelian bulan promosi ini yang berakhir pada 25 September 2019.

Bersama hadiri majlis ilmu Ceramah Hijrah Al-Rasul di Masjid Mukim Al-Muttaqin, Jalan Dato’ Lundang, Kota Bharu. Bawa bersama keluarga dan jiran untuk mengutip setiap mutiara ilmu yang bakal disampaikan oleh Tuan Guru Haji Abdul Rahman Bin Abdul Kadir penceramah jemputan di Masjid Mukim Al-Muttaqin.

IMG_20190213_155223_391.jpg

One thought on “Ceramah Hijrah Al-Rasul Di Masjid Mukim Al-Muttaqin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: