Ikan Bakar dan Pencicah Air Asam

Cuti hujung minggu tidak sah tanpa ada penyediaan makanan simple dan berkhasiat. Makanan ringkas mudah untuk dibawa ke mana-mana tempat seperti perkelahan dan reakreasi. Ikan bakar dan pencicah air asam cukup ringkas untuk penyediaan bagi sebarang aktiviti luar.

Selalunya bakar ikan siap-siap di rumah jika tempat perkelahan atau reakreasi tidak membenarkan sebarang aktiviti pembakaran. Kebiasaannya di dalam tempat rekreasi sudah menyediakan kedai-kedai kecil untuk pengunjung mengalas perut dengan makanan biasa. Ditambah pula dengan peniaga-peniaga yang datang membuka gerai kecil di tepi jalan memudahkan lagi pengunjung membuat pilihan.

Bagi anak-anak, membeli makanan di gerai-gerai adalah saat yang dinantikan, tidak salah untuk meraikan keinginan anak-anak apatah lagi mereka datang untuk bermain dan berseronok. Sudah tentu ibu bapa tidak ingin ‘memusnahkan’ keseronokan mereka. Namun apabila berbelanja di tempat sebegini, perlu berwaspada. Dikhuatiri terlebih dari bajet perbelanjaan sepatutnya.

Minyak Ikan Nombor 1 Rakyat Malaysia

Menyediakan bekalan untuk ke tempat rekreasi atau perkelahan adalah alternatif yang perlu difikirkan ibu bapa. Keseronokan anak-anak boleh juga diterjemahkan kepada makanan yang disediakan sendiri seperti ikan bakar dan pencicah air asam. Bagi anak-anak yang kurang ‘mesra’ dengan air asam, boleh digantikan dengan kicap.

Air asam yang pedas dan mencukupi setiap rasa selalunya lebih digemari. Bagi yang mengalami masalah untuk makan masakan pedas seperti gastrik dan buasir, pastikan membuat persediaan terlebih dahulu seperti makan hidangan yang ‘mesra perut’, memilih suplemen yang sesuai dan perlu tahu sedikit sebanyak petua tradisional merawat gastrik agar tidak berlaku ‘kemalangan’ semasa menikmati hidangan.

Berikut resepi penyediaan ikan bakar  iaitu ikan kembung (ikut pilihan mana-mana ikan). Ikan kembung dipilih kerana tulang tidak banyak terutama tulang halus, jadi ia lebih selamat untuk anak-anak makan. Seterusnya sedikit garam dan daun pisang. Boleh juga guna daun lengkuas.

Cara penyediaan ikan bakar:

  • Buang perut ikan, bersihkan dengan air dan lumurkan sedikit garam.
  • Ikan dibungkus dengan daun pisang atau daun lengkuas
  • Bakar di atas kuali non stick atau dalam oven. Boleh juga bakar atas pemanggang.

Resepi air asam:

  • Asam jawa – segenggam
  • 1 biji bawang besar – dipotong dadu
  • 1 biji tomato – dipotong dadu
  • 1/2 inci belacan – dibakar ikut citarasa
  • 10 tangkai cili padi – dipotong kecil
  • 1 tangkai cili merah – dipotong kecil
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 biji limau kasturi
  • 1 cawan air suam

Cara penyediaan air asam:

  • Asam jawa dibancuh dengan 1 cawan air, dileraikan untuk diambil patinya dan dimasukkan ke dalam blender.
  • Masukkan juga separuh dari bahan-bahan resepi air asam tadi ke dalam blender iaitu tomato, bawang besar, cili merah, belacan, gula dan garam untuk dikisarkan.
  • Bahan yang telah siap dikisar masukkan ke  dalam mangkuk.
  • Baki bahan-bahan resepi (yang tidak dikisarkan) tadi dimasukkan ke dalam mangkuk yang berisi bahan kisar tadi.
  • Gaul semua sekali bahan-bahan tadi, masukkan perahan limau kasturi dengan kulitnya sekali.
  • Boleh juga dimasukkan kerisik dan bunga kantan (pilihan)
  • Rasa dan baiki mana-mana kekurangan bahan agar menepati selera.

Selamat mencuba dan selamat berkelah. Pastikan juga kicap disediakan untuk anak-anak yang kurang menggemari air asam. Selamat mencuba resepi ikan bakar dan pencicah air asam.

Ikan Bakar Air AsamKredit Foto Qasey Honey

Advertisements

5 thoughts on “Ikan Bakar dan Pencicah Air Asam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s