WhatsApp Mungkin Berfungsi Pada Pelayan Windows Dan OS X

Persaingan dunia alternatif penggunaan khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) yang mempunyai kos paling rendah telah berjaya ditakluki oleh WhatsApp. Paling tidak, ia telah membuktikan kejayaannya di pasaran antarabangsa.

Perusahaan yang semakin meningkat naik dan menyediakan sistem aplikasi percuma ini menggunakan standard paparan antara muka pada nombor telefon dan teks pesanan ringkas. Aplikasi ini juga telah menerima ratusan juta pengguna sebelum ia diambil alih oleh Facebook dengan bayaran luar biasa sebanyak USD19 bilion.

WhatsApp juga telah menawarkan penggunaan aplikasinya dalam bentuk paparan website untuk pengguna menerima dan menghantar mesej dari telefon pintar. Namun begitu, ia seperti terdapat sedikit kesulitan mungkin dari segi fungsi penggunaannya.

Menurut akaun Twitter WABetaInfo, WhatsApp sedang membina aplikasinya untuk Windows dan Mac, ia turut mengawasi sebarang fitur yang akan datang terhadap WhatsApp, Err dan aplikasi sebagaimana yang disiarkan WABetaInfo pada awal minggu ini menerusi screenshots.

Baju Raya

Nampaknya melalui paparan Twitter tersebut, terdapat beberapa pautan yang membolehkan pengguna memuat turun aplikasi WhatsApp untuk Windows dan Mac. Sebelum ini terdapat aplikasi tidak rasmi WhatsApp yang digunakan pada web, tetapi banyak kelemahan yang berlaku berbanding aplikasi rasmi yang baru dilancarkan ini.

Menurut laporan Android Police, walaupun kenyataan ini belum dapat dipastikan lagi, tetapi WhatsApp telah berkembang ke dalam sistem Windows dan Mac seperti WhatsApp tidak rasmi versi extensions atau dikenali sebagai WhatsChrome yang hanya boleh digunakan pada pelayar web Google Chrome sahaja.

Bukan suatu perkara yang baharu bagi WhatsApp berkembang dengan mana-mana peranti, ini kerana WhatsApp juga telah menawarkan aplikasinya untuk pemasangan pada Windows Phone, BlackBerry OS, Nokia dan peranti Symbian.

Melalui perkembangan terbaru ini, jika menggunakan WhatsApp melalui desktop dan pelayan web ini muncul serta berfungsi dengan baik, maka proses menggunakannya juga sama seperti penggunaan versi telefon pintar. Ia melibatkan fungsi seperti login dan penyelarasan pada peranti dengan hanya satu nombor.

Selepas baca laporan berkaitan penggunaan WhatsApp melalui web, saya terus cuba login melalui pelayar web Google Firefox. Ternyata WhatsApp telah dapat digunakan pada pelayar web biasa. Sebelum ini hanya guna WhatsApp melalui pelayar web Google Chrome. – Nurul Huda

Whats App for Windows and OS XWhatsApp May Be Working On Native Chat Clients for Windows and OS X

4 thoughts on “WhatsApp Mungkin Berfungsi Pada Pelayan Windows Dan OS X

    1. Betul tu kak Noriza Rahman.. Kalau dulu apps WhatsApp (untuk window) hanya boleh dibuka melalui Google Chrome je, itu pun bukan official. Tapi sekarang dah boleh dah imbas kod QR je.

      Like

Leave a comment