Sejarah Sambutan Hari Pekerja

1 Mei : Pengenalan Menuntut Hari Bekerja 8 Jam Sehari

Hari ini seluruh rakyat Malaysia dan dunia menyambut satu peristiwa penting untuk mengangkat taraf dan hak pekerja agar diraikan dan dihormati semua pihak. Hari Pekerja atau dikenali juga sebagai Hari Buruh merupakan simbol bagi menjaga kepentingan pekerja dan golongan kelas bawahan.

Hari Pekerja juga dikenali dengan Hari Pekerja Antarabangsa. Ia bertujuan mengenang kembali kejayaan ekonomi dan sosial bagi gerakan pekerja. Bermula pada 1956 di Australia, para pekerja mengambil langkah untuk bercuti selama sehari bagi melakukan acara berbentuk mesyuarat dan hiburan sebagai pengisian kepada aktiviti demonstrasi.

Demonstrasi yang diadakan oleh pergerakan pekerja pada 21 April 1856 adalah untuk menuntut hak waktu bekerja selama lapan jam sehari. Masalah yang dihadapi golongan pekerja adalah tempoh waktu kerja yang agak lama, selain itu masalah gaji yang tidak setimpal dan keadaan tempat kerja yang tidak terurus.

Mahu Berhenti Merokok

Abad ke-19 berlakunya peningkatan tenaga kerja dengan perkembangan industri yang semakin pesat terutamanya di negara-negara eropah dan Amerika. Keadaan kerja pada ketika itu sangat ketat, masa yang lama dan upah yang kecil menjadikan gesaan kerja 8 jam dibangkitkan. Angka 8 jam ini diambil dari pembahagian 24 jam, maka timbul ungapan “8 jam bekerja, 8 jam beristirehat dan 8 jam berekreasi”.

Gerakan pekerja di Australia pada mulanya meletakkan sasaran untuk melakukan demostrasi ini hanya untuk tahun 1956. Namun, desakan yang kuat dari pergerakan pekerja ekoran kejayaan demonstrasi pertama telah mengheret acara ini untuk diadakan pada tahun berikutnya dan seterusnya menjadi agenda tahunan pergerakan pekerja.

Bermula di Australia, perarakan menuntut hari pekerja ini terus diadakan pada setiap tahun. Para pekerja mengambil risiko untuk berdepan dengan pihak penguasa dan pihak keselamatan terhadap apa yang menjadi tuntutan mereka secara berani.

Pergerakan pekerja menyedari, bahawa dengan mengadakan demostrasi tuntutan pekerja ini tidak hanya berlaku di Australia, bahkan ia akan merebak dan memberi kesan kepada negara lain seperti Amerika Syarikat.

Di Amerika Syarikat pula, demonstrasi hari buruh telah diadakan buat pertama kali di bandaraya New York. Perarakan yang dibuat pada 5 September 1882 itu bertujuan meraikan pencapaian dan memperingati sumbangan tenaga pekerja.

Desak berterusan dari pergerakan pekerja di Amerika tetap mahukan sambutan hari pekerja diadakan pada setiap 1 Mei. Pada tahun 1886 pergerakan pekerja nekad mengambil keputusan untuk memilih 1 Mei sebagai hari pekerja dan menuntut bekerja selama 8 jam.

Desakan ini membawa kepada rusuhan dan penyertaan golongan pekerja dalam skala yang besar. Demonstrasi kali ini telah mengakibatkan kecederaan dan kematian ekoran kekerasan yang digunakan pihak polis.

Kesan dari peristiwa tersebut, pihak berkuasa terpaksa menghalang daripada berlakunya siri ulangan demonstrasi ini pada tahun berikutnya melalui penggubalan akta perundangan.

Walaupun begitu, pada 1887 Presiden Amerika ketika itu Grover Cleveland  yang pernah dua kali menyandang jawatan Presiden telah memilih hari Isnin minggu pertama bulan September sebagai hari untuk sambutan hari pekerja dan bukan 1 Mei. Pilihan ini dibuat kerana khuatir peristiwa rusuhan pekerja pada Mei 1886 akan diingati golongan pekerja.

Pada 1889 telah diadakan Kongres Sosialis Dunia. Hasil dari resolusi kongres tersebut, maka diisytiharkan tarikh 1 Mei sebagai Hari Pekerja Sedunia dan kongres menuntut agar semua negara dapat menggubal akta waktu kerja ditetapkan selama 8 jam sehari.

Di Malaysia, pengumuman cuti sempena sambutan Hari Pekerja 1 Mei telah diisytiharkan oleh Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Dr. Ismail bin Dato’ Haji Abdul Rahman di dalam ucapan perasmian Seminar Kesatuan Sekerja Biro Buruh dan Kesatuan Sekerja UMNO di Dewan Belia, Kampung Pandan pada 20 Mei 1972.

Hari Pekerja

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s