AEON Mall Kota Bharu Kini Dibuka

Kompleks Beli-Belah AEON Pertama Di Pantai Timur

Berpeluang bawa anak-anak ke pasaraya yang baharu dibuka, AEON Mall Kota Bharu. Pusat beli-belah yang ke-4 terbesar ini dimiliki oleh syarikat termaju, AEON Co. (M) Berhad (AEON Malaysia). Lokasi pasaraya terkemuka ini terletak di Lembah Sireh, kini telah mula beroperasi sejak seminggu yang lalu.

Pusat beli-belah AEON yang dahulunya dikenali sebagai ‘Japan United Stores Company’ (JUSCO) mula dibuka buat pertama kali di Malaysia dengan usahasama beberapa syarikat lain pada 1985 di Plaza Dayabumi, Kuala Lumpur. Ia merupakan penyertaan pertama kali bagi syarikat dari Jepun dalam industri peruncitan di Malaysia.

Pengerusi AEON Malaysia, Datuk Abdullah Mohd. Yusof berkata, AEON Mall Kota Bharu adalah kompleks beli-belah yang pertama di Pantai Timur dengan menelan perbelanjaan sebanyak RM300 juta.

Baju Raya

Memilih Kelantan sebagai lokasi untuk kompleks beli-belah cawangan AEON ke-32  ini dilihat berdasarkan potensi kuasa membeli di kalangan rakyat Kelantan yang sangat tinggi. Lebih-lebih lagi ia berada di kawasan bandar yang menjadi tumpuan ramai seperti stesen bas, restoran, pasaraya dan kemudahan lain di tempat berhampiran sungai ini.

Reka bentuk hiasan dalaman ala Jepun, menjadikan AEON Mall sebagai pusat beli-belah terbaik dan bakal menarik tumpuan ramai pengunjung untuk melihat sendiri keunikan hiasan yang dihasilkan berkonsep tema negara matahari terbit tersebut.

Pada 1 November 2012 ÆON Co.,Ltd telah mengambil alih operasi Carrefour Malaysia yang dikenali sebagai AEON BiG. Penjenamaan semula telah dilakukan AEON BiG  melalui pengurusan baru terhadap sejumlah besar stor yang terdiri daripada pasar raya besar dan pasar raya hypermarket di seluruh Malaysia.

Kompleks beli-belah AEON terbesar di Malaysia ialah AEON Bukit Tinggi Store & Shopping Centre di bandar Bukit Tinggi 2 Klang, Selangor. Ia dibuka pada 24 November 2007. Sementara AEON tertua di Malaysia ialah AEON Taman Maluri Store & Shopping Centre di Taman Maluri Cheras, Kuala Lumpur. Ia dibuka pada 30 Oktober 1989.

AEON Mall Kota Bharu mempunyai keluasan mencecah 120, 744 meter persegi dan menyediakan sebanyak 178 lot kedai termasuk butik fesyen, kedai perabot, pusat peralatan sukan dan pasar raya AEON.

Khabarnya sebelum ini pihak AEON menawarkan sekitar 1,000 peluang pekerjaan di AEON Mall Kota Bharu dan ia telah mendapat penyertaan memberangsangkan di kalangan anak tempatan dan pihak usahawan untuk menjalankan aktiviti perniagaan.

Pada malam itu, anak-anak paling gembira sebab dapat lihat suasana baharu dalam AEON Mall, sebelum ini mungkin hanya dapat lihat dalam rancangan TV. Kini gambaran struktur dan suasana Jepun dapat dilihat dengan jelas. Anak-anak bergambar sambil makan vitamin kanak-kanak yang dibawa.

AEON Mall Kota BharuAEON Mall Kota Bharu

 

Advertisements

6 thoughts on “AEON Mall Kota Bharu Kini Dibuka

    1. Ye, dah 32 cawangan AEON. Cuma di sebelah Pantai Timur ni baru pertama kali buka. Dulu bila sebut AEON, ingatkan AEON Credit je, rupanya Mall pun ada.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s