Ejen Pos Laju Caltex Panji

ejen pos laju caltex panji, ejen, pos laju, stesen minyak, caltex, panji, kota bharu, kelantan,

Kaunter Pos Laju Di Stesen Caltex Panji

Pengusaha perniagaan atas talian paling ramai menggunakan khidmat Pos Laju untuk mengirim barangan kepada pelanggan di seluruh Malaysia. Pos Laju Cherang adalah antara pusat pungutan barangan yang paling sesak dengan kehadiran ramai peniaga online biar pun kini Pos Laju Cherang telah berpindah ke lokasi baru di Pengkalan Chepa. Pengusaha perniagaan atas talian yang berada berdekatan dengan Pos Laju Cherang kini masih lagi ‘tidak perlu pergi jauh’ kerana terdapat sebuah lagi pusat pungutan barangan Pos Laju yang telah beroperasi beberapa tahun lalu di Stesen Caltex Panji. Kaunter kecil Pos Laju ini dikenali sebagai Ejen Pos Laju Panji. Mula beroperasi dari jam 8:00 pagi hingga 5:30 petang. Kaunter ini hanya menerima kiriman pos dalam Malaysia sahaja dan tidak menyediakan khidmat ‘Self Collection’ untuk diambil di sini. Kenderaan Pos Laju akan memungut barangan di kaunter Pos Laju Panji sekitar jam 3:30 petang dan 5:30 petang.

pos laju, pos laju panji, pos laju stesen caltex panji, stesen caltex panji, ejen pos laju, authorised agent, stokis ameer, produk ameer, almanna, gum arabic, al-salwa, roselle, al-hawa, susu kambing organik, chia seeds organik, gum arabic food, sudan, afrika, timur tengah, holland, netherlands, belanda, eropah, mexico, amerika utara, amerika latin, gum arabic travel, gum arabic kota bharu, gum arabic kelantan, gum arabic malaysia,
Kaunter Pos Laju Panji Di Stesen Caltex Panji

Pos Laju ini berada dalam mini market Stesen Caltex Panji dan pengunjung juga tidak terlalu ramai sepertimana Pos Laju Cherang. Masalah utama bagi pengusaha atau pengunjung yang ingin ke Pos Laju di Caltex ialah mini market Caltex itu sendiri. Pengusaha dan pengunjung yang membawa anak-anak kecil akan menghadapi cabaran pujuk rayu bahkan ‘air mata’ daripada anak kecil yang ingin membeli makanan atau permainan yang terdapat di dalamnya. Mungkin itu antara faktor kehadiran pelanggan ke kaunter ejen Pos Laju di Stesen Caltex Panji tidak seramai kehadiran di Pos Laju Cherang selain hanya tahap ukuran tertentu diterima (hanya menggunakan mesin timbangan yang sedia ada sahaja). Perkhidmatan Pos Laju di Stesen Caltex Panji adalah sangat memuaskan dan tidak perlu menunggu giliran lama. Pengeposan produk nutrisi serat keluaran AMEER® seperti Serbuk Al-Manna gum arabic asli dan Serbuk Al-Salwa gum arabic perisa roselle juga selalu dilakukan di sini.

pos laju, pos laju panji, pos laju stesen caltex panji, stesen caltex panji, ejen pos laju, authorised agent, stokis ameer, produk ameer, almanna, gum arabic, al-salwa, roselle, al-hawa, susu kambing organik, chia seeds organik, gum arabic food, sudan, afrika, timur tengah, holland, netherlands, belanda, eropah, mexico, amerika utara, amerika latin, gum arabic travel, gum arabic kota bharu, gum arabic kelantan, gum arabic malaysia,
Pusat Cuci Kereta Stesen Caltex Panji Di Belakang Kedai Minuman Berperisa

Pengunjung dan pengusaha yang ingin berbelanja lebih di kaunter ejen Pos Laju Stesen Caltex Panji boleh menikmati hidangan minuman pelbagai perisa bersebelahan market Caltex. Perkhidmatan mencuci kereta juga disediakan di belakang market Caltex. Hidangan makanan popular seperti Nasi Kerabu Panji juga boleh didapati di hadapan (bersetentangan) Stesen Caltex Panji. Kedai makan Nasi Kerabu Panji menyediakan juadah nasi kerabu yang sangat menyelerakan dan harga berpatutan. Pernah juga menikmati hidangan nasi kerabu di sini ditambah pula dengan Chia Seeds Organik sebagai pelengkap hidangan bersama minuman susu kambing organik Serbuk Al-Hawa arabic gum yang dibawa sendiri. Stesen Caltex Panji yang menempatkan kaunter ejen Pos Laju juga berdekatan dengan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kompleks Sukan Negeri Kelantan.

pos laju, pos laju panji, pos laju stesen caltex panji, stesen caltex panji, ejen pos laju, authorised agent, stokis ameer, produk ameer, almanna, gum arabic, al-salwa, roselle, al-hawa, susu kambing organik, chia seeds organik, gum arabic food, sudan, afrika, timur tengah, holland, netherlands, belanda, eropah, mexico, amerika utara, amerika latin, gum arabic travel, gum arabic kota bharu, gum arabic kelantan, gum arabic malaysia,
Kaunter Pos Laju Bersebelahan Rak Pasar Raya Stesen Caltex Panji

Ruang parkir kenderaan di Stesen Caltex Panji lebih luas berbanding di Pos Laju Cherang. Ruangan parkir di Pos Laju Cherang sebelum ini agak terhad apabila turut berkongsi bersama kenderaan syarikat Pos Laju seperti van, truk dan lori. Lokasi baru Pos Laju di Pengkalan Chepa khabarnya lebih luas dan pengunjung pasti lebih selesa untuk melakukan urusan pengeposan barangan di sana. Para pengusaha perniagaan atas talian di kawasan Kota Bharu dan Pengkalan Chepa kini masih boleh menghantar barangan pada waktu lewat petang hingga jam 7:00 malam, kerana khidmat pos laju ini masih beroperasi. Selamat membuat urusan bersama Pos Laju dan pengeposan produk Serbuk Al-Manna gum arabic, Serbuk Al-Salwa gum arabic, Serbuk Al-Hawa arabic gum dan Chia Seeds Organik diteruskan seperti biasa.

promosi gum arabic januari hingga mac 2019, promosi beli 2 pada rm50, stokis ameer, produk ameer, almanna, gum arabic, al-salwa, roselle, al-hawa, susu kambing organik, chia seeds organik, gum arabic food, sudan, afrika, timur tengah, holland, netherlands, belanda, eropah, mexico, amerika utara, amerika latin, gum arabic travel, gum arabic kota bharu, gum arabic kelantan, gum arabic malaysia, kiosk aneka kuih, mydin kubang kerian,
Promosi Gum Arabic hanya RM50 untuk produk Al-Manna dan Al-Salwa
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: