Kedudukan Matahari Paling Hampir Dengan Permukaan Bumi

Fenomena Perihelion dan Aphelion
Fenomena Perihelion dan Aphelion

Fenomena Perihelion dijangkan akan berlaku pada pukul 10.18 malam ini. Kejadian kedudukan matahari berada paling hampir dengan permukaan bumi ini dikenali sebagai Perihelion.

Perkataan Prehelon berasal dari bahasa Greek Purba iaitu “peri”. Ia membawa maksud sebagai “terdekat”. Manakala “helion” bermaksud matahari. Perkataan Prehelion berlawanan dengan perkataan Aphelion. Perkataan asal Aphelion ialah “apo” yang membawa maksud “jauh”, “di luar” dan “selain”.

Perihelon adalah fenomena biasa yang berlaku setiap tahun. Putaran bumi mengelilingi orbit akan berlaku sepenuhnya pada 365 hari. Perubahan suhu yang tidak begitu ketara dipercayai akan berlaku semasa bumi melengkapkan putarannya pada orbit berbentuk elips ini.
Fenomena Prehelion tidak mendatangkan ancaman kepada orang ramai, memandangkan kejadian ini adalah aturan semula jadi alam dan orang ramai yang beragama Islam khususnya perlu bersyukur dan menambah keimanan dengan bukti kekuasaan Allah S.W.T yang mengatur alam ini.

Suhu Cuaca Fenomena Prehelion Sedikit Panas

Kejadian alam yang akan disaksikan oleh seluruh penduduk bumi ini turut dikongsi oleh Profesor Pelawat Program Astronomi Islam, Universiti Malaya, Datuk Profesor Dr. Mohd Zambri Zainuddin berkata, kedudukan matahari akan berada di titik paling dekat dengan bumi.

stokis gum arabic, almanna, gum arabic, gum arabic food, gum arabic travel, gum arabic kota bharu, gum arabic kelantan, gum arabic malaysia,
Menurutnya lagi, “Memandangkan jarak Matahari yang dekat dengan Bumi, ia mungkin akan menyebabkan suhu cuaca sedikit tinggi daripada kebiasaannya, walaupun begitu ia tidak menyebabkan kepanasan yang melampau”.
Bagaimana pun, ketika fenomena Perihelion barlaku, rakyat di Malaysia tidak dapat melihat perbezaan ini dengan begitu ketara. Ini kerana kejadian alam ini berlaku pada waktu malam berbanding negara-negara yang berada di waktu siang ketika fenomena ini berlangsung.

Prehelion Kajian Saintis

Kesempatan ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh para saintis dunia untuk menentukan ukuran radiasi matahari bagi rekod kajian dan rujukan bahan penyelidikan.
Selain itu, para saintis dan penduduk dunia sekali lagi akan berpeluang menyaksikan fenomena Aphelion iaitu kejadian matahari akan berada pada kedudukan yang paling jauh jaraknya dari bumi. Fenomena Aphelion dijangka akan berlaku pada 4 Julai 2016.

Advertisements

4 thoughts on “Fenomena Perihelion Dijangka Bermula Malam Ini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s