Vespa Terhasil Dari Ilham Perang Dunia Ke-2

vespa, mp6, piaggio, enrico, itali, inspirasihuda,
Prototype Pertama MP5 – Paperino 1943

Ramai yang kurang menyedari tentang sejarah dan asal usul skuter klasik yang dikenali sebagai Vespa telah menyambut ulang tahun yang ke-70 lapan bulan yang lalu. Skuter terkenal buatan syarikat perusahaan Piaggio (didirikan oleh Rinaldo Piaggio) dari Pontedera, Tuscany Itali ini mempunyai sejarah tersendiri sejak ia mula diperkenalkan melalui hakcipta pada 23 April 1946.

Sebenarnya Piaggio bermula sebagai perusahaan dalam pembuatan pesawat terbang, kapal laut, kereta api, instrumen kenderaan seperti van dan trak serta kelengkapan mesin berkapasiti tinggi. Sebahagian lagi tertumpu kepada perusahaan kelengkapan perang seperti kapal terbang dan kapal laut yang digunakan pada Perang Dunia Pertama bermula 1914 – 1920.

Semasa Perang Dunia Kedua, Piaggio berjaya mencipta kelengkapan perang yang canggih seperti pesawat penumpang dan pesawat pengebom. Namun, Itali telah menerima kekalahan teruk di era pemerintahan Benito Mussolini sehingga kawasan yang didirikan oleh Piaggio untuk pembuatan kelengkapan perang juga turut musnah dibom kapal perang musuh pada 31 Ogos 1943.

Vespa Bangkit Selepas Kemusnahan Itali

Selepas kekalahan teruk Itali dalam Perang Dunia Kedua, Enrico Piaggio (anak Rinaldo Piaggio) telah mengambil alih perusahaan ini dan mencari jalan bagaimana untuk meneruskannya setelah keadaan ekonomi Itali semakin teruk akibat dari peperangan.

Kemusnahan dari peperangan memberi kesan kepada kehidupan rakyat dan ekonomi Itali. Enrico Piaggio harus memikirkan bagaimana cara untuk membangunkan semula perusahaannya yang telah musnah dengan menghasilkan suatu produk yang dapat menyelamatkan syarikatnya sekaligus memberi manfaat untuk rakyat Itali pada waktu itu.

Oleh kerana Piaggio merupakan kilang perusahaan pembuatan kelengkapan perang, maka ia menjadi sasaran musuh dalam perang dunia kedua sehingga mengakibatkan kemusnahan infrastruktur. Lebih memburukan lagi keadaan, Itali telah menandatangani perjanjian untuk tidak membuat sebarang penyelidikan dan pembinaan pesawat dalam jangka masa sepuluh tahun selepas tamat perang dunia kedua.

stokis gum arabic, almanna, gum arabic, gum arabic food, gum arabic travel, gum arabic kota bharu, gum arabic kelantan, gum arabic malaysia,

Dari Kilang Pesawat Perang Kepada Kilang Perusahaan Komersial

Menurut laman The Local, Piaggio mendapatkan bantuan dari pihak bersekutu untuk membangunkan semula kilang-kilang yang telah musnah. Enrico Piaggio mendapat idea untuk menggunakan semula bahan-bahan yang digunakan untuk kelengkapan perang dunia kedua dengan membangunkannya sebagai perusahaan pengangkutan yang mudah, murah dan mesra pengguna.

Hasrat ini diteruskan melalui kerjasama Enrico Piaggio dengan seorang pakar penerbangan, Corradino D’Ascanio seorang yang berpengalaman luas dalam seni rekacipta pesawat dan pernah  menerbangkan helikopter pertama dari Piaggio.

Melalui ilham yang diperolehi dari sejenis kenderaan motosikal tentera buatan Amerika semasa perang dunia kedua, ia merupakan kelengkapan perang yang diperbuat dari besi keluli yang sangat kukuh dan dijatuhkan dari pesawat menerusi payung terjun untuk kegunaan tentera.

Model motosikal Cushman Airbone menjadi inspirasi Corradino D’Ascanio untuk menghasilkan sebuah prototype inovasi baru yang menggunakan teknologi perang bagi membantu membina semula perniagaan Piaggio, meningkatkan ekonomi Itali sekaligus menjadi alternatif kepada pengangkutan penting bagi rakyat Itali selepas perang dunia kedua.

Akhirnya pada tahun 1943, Corradino D’Ascanio berjaya mencipta prototype pertama untuk perusahaan Piaggio yang diberi nama MP5 (Moto Piaggio 5). Selain dikenali dengan nama MP5, ia juga mendapat jolokan dari rakyat Itali sebagai Paperino iaitu Donald Duck. Ini kerana bentuknya seakan sama  dengan watak animasi itik Donald Duck.

Reka bentuk prototype MP5 agak kurang digemari Enrico Piaggio. Beliau meminta petimbangan Corradino D’Ascanio untuk membuat pengubah suaian pada prototype MP5 agar kelihatan lebih berbeza, maju dan design lebih menarik.

Namun Corradino D’Ascanio tidak membuat perubahan pada prototype MP5, malah beliau membuat prototype kedua iaitu MP6 dengan mengambil kira kelemahan yang terdapat pada prototype pertama iaitu MP5.

Sekitar 100 buah MP5 sempat dikeluarkan dan ia menjadi buruan peminat seluruh dunia untuk mendapatkan model pertama skuter yang sangat terhad. Walau pun design MP5 ini kurang digemari, namun jolokannya sebagai Donald Duck begitu unik dan tidak hairan skuter ‘pelik’ ini menjadi buruan ramai.

MP6 Diberi Gelaran Sebagai Vespa

Reka bentuk kenderaan biasa menurut pemerhatian Corradino D’Ascanio mempunyai kelemahan seperti percikan minyak enjin dan minyak rantai pada seluar. Ini menyebabkan pakaian menjadi kotor. Beliau lebih suka mencipta kenderaan yang mempunyai pelindung dan penutup yang selamat, mudah dan selesa untuk digunakan.

Hasilnya, pada tahun 1946 Corradino D’Ascanio berjaya mencipta prototype keduanya MP6. Perubahan ketara yang dibuat pada prototype MP6 ini boleh dilihat pada struktur pelindung depannya yang lebih selamat, tidak menggunakan rantai kerana bahagian enjinnya sudah berada di belakang dan penggunaan satu fork pada roda bahagian depan seakan penggunaan roda pesawat pada kenderaan tersebut. Ia sudah tentu memudahkan lagi proses penukaran alat ganti.

Kali pertama Enrico Piaggio melihat MP6, lantas beliau berkata “Sembra una vespa”, bermaksud “Ia menyerupai lebah”. Maka penggunaan nama vespa menjadi panggilan dan digunakan untuk produk MP6 dan seterusnya.

Jika dahulunya gelaran diberi kepada prototype MP5 sebagai Paperino atau itik dalam bahasa Itali, maka panggilan bagi MP6 pula ialah Vespa. Vespa dalam bahasa Itali bermaksud lebah. Panggilan lebah ini sempena design prototype MP6 yang dilihat seakan lebah. Bahkan bunyian enjin MP6 ini juga berdengung (merujuk kepada bunyi lebah).

Era Vespa bermula pada MP6 dan model berikutnya dihasilkan berpandukan pada model reka bentuk MP6 hingga seperti yang dilihat pada hari ini.

Senarai Jumlah Jualan Vespa MP6

  • 1947 – 2,500
  • 1948 – 10,000
  • 1949 – 20,000
  • 1950 – 60,000
  • 1953 – 100,000

Promosi Vespa Melalui Filem Roman Holiday

Jualan vespa melonjak 100,000 unit selepas terlibat untuk pertama kalinya dalam sejarah menerusi penggambaran filem komedi romantik Roman Holiday pada tahun 1953. Sepanjang proses penggambaran pada tahun 1952, vespa turut digunakan pelakon filem tersebut di Hollywood dan ia mendapat sambutan memberangsangkan di kalangan orang ramai.

Hollywood menjadikan vespa sebagai bintang filem untuk berganding dengan pelakon utama Audrey Hepburn dan Gregory Peck. Babak dalam filem ini turut memaparkan adegan mengililingi bandar Itali dengan menaiki vespa. Para peminat artis dan filem tersebut akan turut mengikuti gaya pelakon tersebut untuk bergaya dan memiliki vespa sendiri.

Kemunculan kelab vespa di Eropah dengan jumlah keahlian yang semakin meningkat turut memberi kesan lonjakan penjualan vespa. Seterusnya pengualaran lesen untuk vespa di negara-negara besar seperti Jerman, United Kingdom, Perancis, Belgium dan Sepanyol meningkatkan lagi penggunaan dan pengeluaran vespa untuk negara-negara tersebut.

Vespa Piaggio Dalam Filem Dan Rancangan Televisyen

Senarai filem dan rancangan televisyen yang memaparkan penggunaan vespa antaranya seperti berikut.

  1. La Notte Brava, 1959
  2. Clouds of Sils Maria, 2014
  3. Mery Per Sempre, 1989
  4. Fuochi D’artificio, 1997
  5. Cuffs, 2015
  6. Quadrophenia, 1979
  7. Revenge of the Pink Panther
  8. The Simpsons, 1989-2016
  9. The Talented Mr. Ripley, 1999
  10. The Day of the Jackal, 1973

Vespa Menjadi Ikon Model Skuter Jenama Lain

Populariti yang diraih vespa tidak hanya kepada pembeli, bahkan turut menjadi inspirasi kepada jenama lain untuk bersaing dengan model unik dari ‘sisa perang’ ini. Terdapat beberapa model skuter yang memiliki konsep seakan vespa antaranya seperti berikut.

  • Fuji Rabbit, Jepun
  • Zundapp, Jerman
  • Triumph Tigress, Britan
  • Vyatka, Rusia
  • Lambretta, Itali

Pasaran vespa terus unggul berada di depan berbanding pesaingnya yang lain. Vespa juga telah mencapai kejayaan di peringkat global dan terus berkembang tanpa henti walau berdekad lamanya. Kejayaannya dirasai di seluruh dunia walau pun ada yang meniru namun ia tidak bertahan lama untuk berada dalam pasaran dunia apatah lagi untuk menyaingi vespa.

Piaggio Hasilkan Lebih 150 Model Vespa Asal

Piaggio terus menghasilkan pelbagai jenis vespa mengikut cita rasa dan trend peminat yang sentiasa mahukan kelainan. Pengeluaran vespa mengikut konsep asal kini telah melebihi 150 model. Manakala pengeluaran keseluruhan skuter setakat ini telah berjaya dijual sebanyak 18 juta.

Keahlian Kelab Vespa Piaggio kini melebihi 60,000 anggota dan mempunyai cawangan di seluruh dunia. Ini menandakan vespa bukan hanya sekadar kenderaan, bahkan gaya hidup sebagaimana slogan yang menjadi tagline vespa,

Not just a scooter, a way of life

Berikut adalah beberapa model vespa yang paling popular:

  1. The 98cc, 1946
  2. 125U, 1953
  3. Vespa 150 TAP, 1956
  4. Vespa 125 Primavera, 1960
  5. Vespa 946, 2013

Vespa : Teman Lama Yang Akan Sentiasa Bersama

Piaggio telah melalui beberapa dekad persaingan pengeluaran skuter dan motosikal jenama lain. Peredaran semasa turut menyumbang perubahan terhadap model yang dikeluarkan. Kebanyakan model yang dikeluarkan akan menjadi perhatian dan pilihan ramai.

Dari segi ketahanan, usah dipertikaikan lagi. Bagi mereka yang pernah memiliki vespa model klasik yang dibeli beberapa puluh tahun yang lalu, ternyata vespa tersebut masih boleh digunakan lagi pada hari ini. Ramai yang ingin membelinya, namun tidak kurang juga yang enggan menjualnya.

Benar, barang klasik tidak ada harga jualan padanya. Harga yang ada ialah kenangan, pengorbanan dan kilauan peristiwa yang turut dibawa bersamanya menjadikan ia ‘teman’ antik kepada pemiliknya yang sukar untuk dipisahkan. Itu lah harga sebuah skuter yang dipanggil vespa.

vespa, mp6, piaggio, enrico, itali, 98cc, 1946, inspirasihuda,

Advertisements

2 thoughts on “Vespa : Sejarah Di Sebalik Skuter Terkenal Itali

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s