Family Fun Day 2016 Di Manor Beach Resort

family fun day, manor beach resort, a touch of tropical paradise, tanjung demong, kuala besut, terengganu, inspirasihuda

Manor Beach Resort Sentuhan Syurga Tropika

Harapan untuk melihat semua ahli keluarga dapat berkumpul dan involve dalam sebuah program sempena cuti sekolah akhirnya terlaksana melalui aktiviti Family Fun Day 2016 di penginapan istimewa Manor Beach Resort, Besut Terengganu.

Ada apa dengan Manor Beach Resort? Kenapa nama yang digunakan untuk resort ini dipanggil Manor? Persoalan ini biasa diajukan bagi sesiapa saja yang bercadang untuk mencari tempat sesuai untuk aktiviti santai bersama keluarga. Lebih mudah lagi ia tentu berkait dengan kos, jarak perjalanan dan kemudahan yang disediakan pihak resort atau chalet.

Manor Beach Resort adalah sebuah tempat penginapan peranginan yang sesuai untuk acara seisi keluarga. Terletak di Tanjung Demong, Kuala Besut Terengganu. Pemandangan unik hasil kombinasi reka bentuk ukiran binaan budaya Terengganu dan Melaka indah menghiasi lanskap Manor Beach Resort.

gerbang, manor beach resort, family fun day, inspirasihuda,tropical paradise, manor beach resort, family fun day, inspirasihuda,

Manor Beach Resort Kombinasi Nama Pasangan Ideal

Pulau Perhentian di tengah laut dapat dilihat dari pantai dan pasti ada yang ingin ke sana dengan menjadikan Manor Beach Resort sebagai tempat untuk ‘berlabuh’ seketika. Paling tidak, dapat merehatkan badan untuk semalaman sambil menikmati keindahan alam di tepian pantai laut cina selatan.

Sebenarnya nama Manor yang digunakan pada resort ini adalah hasil gabungan nama dari pasangan ideal yang mempunyai cita-cita murni untuk meninggalkan jejak warisan bagi generasi masa depan.

Generasi masa akan datang pasti bertuah dapat melihat pengorbanan pasangan ideal ini dalam membina sebuah tapak warisan pemeliharaan alam semula jadi untuk dinikmati dan dipertahankan sebagaimana simbolik yang dipaparkan di Manor Beach Resort ‘A Touch of Tropical Paradise’.

pintu utama, manor beach resort, family fun day, inspirasihuda,dewan sri perdana hajjah kalsom, family fun day, manor beach resort, a touch of tropical paradise, tanjung demong, kuala besut, terengganu, inspirasihuda,

Family Fun Day 2016

Family Fun Day yang diadakan pada 12 dan 13 Disember 2016 meninggalkan kenangan bermakna buat kami seluruh keluarga. Aktiviti santai ini menghimpunkan hampir semua keluarga dan saudara mara melainkan sebuah pasangan yang kini masih menuntut di luar negara.

Perjalanan bertolak bermula sekitar pukul 11.00 pagi dari Kota Bharu ke Manor Beach Resort yang mengambil masa kira-kira 45 minit. Laluan ke Kuala Besut sangat lancar biar pun dalam tempoh cuti persekolahan. Mungkin kesibukan sebelum ini dek kerana terdapat cuti serentak dalam beberapa hari menyebabkan jalan raya di Kota Bharu begitu sesak.

Tiba di lokasi Manor Beach Resort dan membuat pengesahan tempahan dengan meneliti butiran-butiran penting dan semasa untuk makluman dan persediaan sepanjang keberadaan di penginapan ‘Sentuhan Syurga Tropika‘.

family fun day, manor beach resort, a touch of tropical paradise, tanjung demong, kuala besut, terengganu, inspirasihuda

Hidangan Sup Ayam Di Tepi Pantai

Keadaan cuaca tidak terlalu panas, namun untuk menikmati sarapan tengahari kami memilih untuk menghirup udara pantai dan dapat berteduh di bawah pokok yang rendang. Hidangan pertama nasi putih dan lauk sup ayam yang dibawa sendiri dari Kota Bharu.

Proses menyiapkan sup ayam ini bermula di waktu pagi sebelum bertolak ke Manor Beach Resort. Bagi memastikan lebihan sup ini dapat digunakan untuk acara ke seterusnya, satu set dapur gas mini turut dibawa untuk memanaskan kuah sup ayam.

Membawa juadah yang dimasak sendiri cukup memberi kepuasan dan kenangan manis apabila tiba masa untuk menikmatinya bersama seluruh keluarga yang hadir ke Family Fun Day 2016 ini.

Tugasan yang diberikan untuk setiap bahagian keluarga adalah seperti penyediaan juadah makanan melibatkan proses tempahan bilik, nasi, sup ayam, ayam BBQ termasuk proses penyediaan perap ayam, juadah makan petang, proses membakar ayam, sukaneka, aktiviti kolam renang, proses menyiapkan hadiah dan sebagainya.

makan tenghari, pantai, family fun day, manor beach resort, a touch of tropical paradise, tanjung demong, kuala besut, terengganu, inspirasihuda

Aktiviti Riang Anak-anak Di Kolam Renang

Kolam renang dan kanak-kanak adalah suatu pemandangan yang tidak asing bagi semua orang. Boleh dikatakan di mana ada kolam renang, di situ ada kanak-kanak. Peluang untuk berehat seketika selepas menikmati juadah makan tengahari di tepi pantai digunakan untuk membersihkan badan, menunaikan solat dan berehat seketika sebelum meneruskan acara di sebelah petang.

Waktu rehat seketika ini mungkin ‘pantang’ bagi kanak-kanak untuk berehat apabila pakej bilik Twin Deluxe, King Deluxe dan Queen Bed Dormitory yang kami tempah untuk lapan keluarga ini berada di sebelah kolam renang. Pendek kata, buka saja pintu belakang terus boleh terjun kolam.

Keadaan cuaca yang tidak terlalu panas seolah ‘memujuk’ anak-anak untuk berada lebih lama di kolam renang Manor Beach Resort sehingga ‘terlupa’ untuk menikmati juadah minum petang yang disediakan oleh Mohd Hafiz dan Adawiyah di bilik King Deluxe yang menempatkan ibu dan ayah kami Encik Zakaria dan Puan Rohani.

Aktiviti Sukaneka Keluarga Ceria

Tepat pukul 6.00 petang, aktiviti sukaneka dimulakan di bawah kelolaan dua orang penghuni bilik pakej Queen Bed Dormitory. Dua beradik lelaki ini Firdaus dan Muiz telah memulakan persiapan tempat seawal pukul 5.30 petang dengan menyediakan tepung ke dalam bekas untuk acara ‘kumpul gula-gula’ dan tiup belon kanak-kanak.

Kesanggupan semua ibu bapa untuk menyertai acara ‘teka dan jawab’ sebaik saja usai sesi pertama sukaneka kanak-kanak menarik perhatian kami seluruh keluarga. Sekitar sepuluh soalan yang dicatatkan bagi setiap keluarga yang mengambil bahagian melibatkan ibu dan bapa.

Si bapa akan melihat catatan yang diberikan untuk digayakan mengikut cara yang mudah untuk diteka oleh si ibu. Pelbagai gaya menarik dan lucu dibuat si bapa untuk memudahkan si ibu membuat tekaan tentang apa yang digayakan. Suasana mencuit hati ini dapat dilihat menerusi Family Fun Day 2016 yang diadakan berhampiran cafe Manor Beach Resort.

Acara sukaneka kanak-kanak sesi kedua diteruskan dengan pertandingan ‘tiup belon’ hingga pecah. Terdapat beberapa kanak-kanak yang mampu meniup belon hingga pecah, manakala sebahagian lagi kurang berupaya untuk meniup dengan lebih besar dan paling menarik ada yang takut belon pecah.

sukaneka, family fun day, manor beach resort, a touch of tropical paradise, tanjung demong, kuala besut, terengganu, inspirasihudasukaneka, family fun day, manor beach resort, a touch of tropical paradise, tanjung demong, kuala besut, terengganu, inspirasihudafamily fun day, manor beach resort, a touch of tropical paradise, tanjung demong, kuala besut, terengganu, inspirasihudasukaneka, family fun day, manor beach resort, a touch of tropical paradise, tanjung demong, kuala besut, terengganu, inspirasihudasukaneka, family fun day, manor beach resort, a touch of tropical paradise, tanjung demong, kuala besut, terengganu, inspirasihudasukaneka, family fun day, manor beach resort, a touch of tropical paradise, tanjung demong, kuala besut, terengganu, inspirasihuda

Penyampaian Hadiah Sukaneka Kanak-kanak

Kegembiraan jelas bertambah di raut wajah setiap anak-anak apabila sesi penyampaian hadiah dimulakan. Hadiah berbentuk permainan dan kelengkapan peralatan persekolahan masing-masing diterima oleh semua keluarga yang menjayakan Family Fun Day 2016.

Acara sukaneka dan penyampaian hadiah juga turut diabadikan dalam bentuk gambar dan video melalui telefon mudah alih masing-masing. Suatu kenangan yang indah untuk ditatapi di hari akan datang sebagai mana catatan tagline pada banner program ‘Precious Moments To Remember‘.

Selesai acara penyampaian hadiah, kami membuat sedikit gotong royong membersihkan semula kawasan belakang cafe Manor Beach Resort dengan mengumpul sisa belon yang telah dipecahkan dan beberapa botol minuman sebagai menyokong usaha murni dalam menjaga alam sekitar semula jadi ‘A Touch of Tropical Paradise’.

Waktu maghrib merangkat tiba dan masa untuk mempersiapkan anak-anak, mandi dan solat. Acara seterusnya bermula selepas Isyak dengan melakukan persiapan bahan dan tempat untuk acara BBQ.

penyampaian hadiah, sukaneka, family fun day, manor beach resort, a touch of tropical paradise, tanjung demong, kuala besut, terengganu, inspirasihuda

BBQ Malam Ini Kita Punya

Barbeku ayam dan ikan telah diadakan selepas isyak di belakang cafe Manor Beach Resort. Tempat ini masih dalam proses pembinaan dan penggunaan lampu dari arah cefe juga tidak begitu terang untuk melihat hasil BBQ. Namun langkah awal Azhari Aziz dan Nur Asyikin menyediakan sejumlah lampu suluh kecil dikira cukup membantu proses perjalanan BBQ ini.

Terdahulu Mohd Rasul dan Nurul Akmar menyiapkan kelengkapan untuk barbeku ayam bakar, ikan bakar dan pencicah istimewa turun temurun. Teknik mempercepatkan proses pembakaran kayu arang dengan menggunakan gula sebagai bahan bakar adalah teknik yang baru diperolehi berbanding penggunaan getah tiub.

Perapan ayam dengan rempah ratus pilihan selama dua hari satu malam yang dikelolakan oleh Mohd Khairul dan Nurul Huda membangkitkan lagi selera jamuan ‘BBQ Malam Ini Kita Punya’.

Penggunaan minyak zaiton untuk penyediaan sup ayam dan BBQ menambahkan lagi selera rasa masakan dan ia tidak meninggalkan kesan minyak yang begitu pekat sebagaimana penggunaan minyak biasa yang lain.

Berbaloi menggunakan peralatan memasak sendiri seperti dapur arang dan dapur gas mini yang banyak memudahkan perjalanan acara ini. Peralatan yang baik digabungkan dengan kemahiran yang tinggi membuahkan hasil yang memberangsangkan untuk apa jua aktiviti yang diadakan.

Saat menikmati ayam bakar dan ikan bakar dikongsi bersama keluarga dengan keriuahan anak-anak. Menu makan malam BBQ disertakan sepinggan nasi, sup ayam yang dipanaskan dan pencicah sudah cukup untuk membuat kami ‘lupa’ seketika bahawa tempat barbeku ini tiada sokongan lampu utama dan kami bergelap dalam terang dengan lampu kecil ‘mainan’ kanak-kanak.

Acara BBQ ini berakhir sebaik saja selesai jamuan di saat titisan hujan mula jatuh di taman Manor Beach Resort. Beberapa ketul bahagian terakhir ayam juga berjaya dibakar hingga selesai dengan baki bara arang yang ada.  Semua peralatan dapat dikemaskan dengan sempurna dan kami meninggalkan tapak aktiviti dalam keadaan baik.

Gum Arabic Al-Manna Di Bilik Twin Deluxe Manor Beach Resort

Melepaskan kepenatan di tilam empuk Twin Deluxe sambil menonton rancangan di televisyen, ada baiknya membancuh serbuk Gum Arabic Al-Manna ke dalam segelas air kosong. Apa itu Gum Arabic Al-Manna? Ia juga dikenali sebagai getah arab atau gam arab yang diperolehi dari pokok akasia.

Khasiatnya baik untuk kesihatan dengan kandungan serapan mineral, kalsium dan fiber yang tinggi membantu memacu kesihatan tubuh badan dengan lebih baik. Ia membantu kesihatan sendi, kolesterol, buah pinggang dan sebagainya.

Penggunaan Gum Arabic ini telah lama digunakan samada untuk kegunaan sendiri, proses perindustrian, perubatan dan penggunaannya dalam penyediaan bahan makanan.

Sebelum ini ia digunakan dalam bentuk ketulan dan direndam ke dalam air dalam tempoh yang lama untuk dijadikan sebagai minuman. Namun sesuai dengan perkembangan teknologi terkini, Gum Arabic kini boleh didapati dalam bentuk serbuk.

Segelas minuman prebiotik Gum Arabic Al-Manna di penginapan Manor Beach Resort memberi kesegaran dan mengembalikan semula tenaga yang hilang dek aktiviti sepanjang hari bermula pemanduan perjalanan ke Tanjung Demong hingga ke akhir aktiviti BBQ.

Nutrisi serat larut dan tinggi prebiotik semula jadi gum arabic Al Manna dan Tayebat.
Al Manna dan Tayebat gum arabic edaran Natural Prebiotic (M) Sdn Bhd

Baucar Sarapan Pagi Di Manor Beach Resort

Pagi yang sunyi digigit kesejukan seolah berada di sebuah tempat yang begitu terasing dan jauh dari metropolitan. Tiada sebarang tugasan untuk hari kedua Family Fun Day di Manor Beach Resort sebagaimana hari pertama.

Sarapan pagi di hari kedua ini telah disediakan oleh pihak Manor Beach Resort melalui Breakfast Voucher untuk dua orang dewasa (setiap bilik) bermula pukul 7.30 pagi hingga 10.30 pagi. Sarapan pagi ini percuma untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun. Penambahan bayaran sebanyak RM20 dikenakan bagi 13 tahun ke atas yang ingin mendapatkan sarapan pagi.

Bersiap membawa anak-anak ke cafe Manor Beach Resort seawal 8.00 pagi. Suasana waktu pagi di sini cukup menyegarkan dengan tumbuhan tropika sekeliling seakan berkongsi sama keindahan alam semula jadi.

Kelihatan beberapa pengunjung sudah mula mengambil tempat di ruang dalam cafe dan luar cafe.  Hiasan meja makan di ruang dalam lebih romantik berbanding meja makan di bahagian luar cafe. Namun kami dari lapan keluarga memilih meja makan ruang luar cafe memandangkan ianya lebih luas dan sesuai bagi keluarga yang mempunyai anak yang ramai.

Menu sarapan pagi percuma di Manor Beach Resort ini cukup istimewa. Terdapat hidangan kuih-muih seperti donat, karipap, sosej, keropok dan roti sandwich yang sangat lembut. Hidangan makanan pula ialah nasi dagang dan mee goreng. Hidangan buah epal juga disediakan. Sementara menu minuman pula ialah kopi, teh, susu segar dan minuman sejuk berperisa limau.

sarapan pagi, baucar percuma, family fun day, manor beach resort, a touch of tropical paradise, tanjung demong, kuala besut, terengganu, inspirasihudajuadah sarapan pagi, family fun day, manor beach resort, a touch of tropical paradise, tanjung demong, kuala besut, terengganu, inspirasihuda

Menakluki Kolam Renang Manor Beach Resort

Aktiviti kolam renang di hari kedua lebih menyeronokkan berbanding hari pertama. Faktor utama ialah perut kami dah kenyang selepas menikmati sarapan pagi percuma dan tentunya kami telah mendapat rehat secukupnya semalaman di Manor Beach Resort.

Meluangkan masa bersama keluarga di kolam renang terutamanya untuk anak-anak bermandi-manda dan bermain pelapung dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Family Fun Day 2016 menghimpunkan datuk dan nenek bersama anak dan cucu.

Aktiviti di kolam renang juga lebih terserlah dengan penglibatan dan sokongan penuh dari semua untuk menghiburkan anak-anak dan cucu. Ini kerana permainan di kolam renang hanya santai dan bebas tanpa memerlukan pergerakan yang banyak, hanya memastikan kanak-kanak dapat berhibur dan berada dalam keadaan selamat.

Permainan keretapi pelapung adalah acara yang paling menggamit kenangan buat kanak-kanak di samping pistol air dan belon air. Gelagat ibu bapa yang turut sama menjadi ‘budak-budak’ di kolam renang begitu mencuit hati dan menghiburkan anak-anak.

Pemilihan dan urusan tempahan penginapan di Manor Beach Resort yang dibuat oleh Hafizan Lutfi dan Nur Zahirah menepati sasaran citarasa keluarga. Pengalaman berkampung seketika di ‘syurga tropika’ pasti meninggalkan kenangan indah buat semua yang terlibat menjayakannya.

Bagi pasangan Aizad dan Nurul Jannah yang kini berada di timur tengah, hanya gambar dan video yang mampu mengubati kerinduan. Namun terima kasih juga harus diucapkan buat mereka kerana doa mereka juga ada bersama kami di Family Fun Day 2016.

kolam renang, family fun day, manor beach resort, a touch of tropical paradise, tanjung demong, kuala besut, terengganu, inspirasihudakeretapi kolam renang, family fun day, manor beach resort, a touch of tropical paradise, tanjung demong, kuala besut, terengganu, inspirasihudakolam renang ceria, family fun day, manor beach resort, a touch of tropical paradise, tanjung demong, kuala besut, terengganu, inspirasihudariang ria kolam renang, family fun day, manor beach resort, a touch of tropical paradise, tanjung demong, kuala besut, terengganu, inspirasihudamama ekin, family fun day, manor beach resort, a touch of tropical paradise, tanjung demong, kuala besut, terengganu, inspirasihudakolam renang si manja, family fun day, manor beach resort, a touch of tropical paradise, tanjung demong, kuala besut, terengganu, inspirasihuda,kolam renang,, family fun day, manor beach resort, a touch of tropical paradise, tanjung demong, kuala besut, terengganu, inspirasihuda,

Family Fun Day 2016: Jumpa Lagi Manor Beach Resort

Family Fun Day di Manor Beach Resort merupakan aktiviti penutup bagi tahun 2016. Perancangan dan pelaksanaan program ini tidak selengkap program rasmi lain yang telah diadakan dan memerlukan penelitian yang lebih khusus. Namun peranan yang dimainkan oleh semua pihak untuk menjadikan program ‘biasa’ ini terlaksana, akhirnya membuahkan hasil yang lebih baik dari apa yang dijangka.

Kelemahan pastinya tidak dapat dielakkan apatah lagi Manor Beach Resort masih dilihat dalam proses pembinaan struktur-struktur penting seperti tempat parkir kenderaan, laluan ke pantai dan terdapat bahagian penempatan lain yang perlu diwujudkan untuk kemudahan pengunjung.

Tiba saat untuk meninggalkan ‘Syurga Tropika’ atau mungkin lebih menarik lagi Manor Beach Resort dipanggil sebagai ‘Bustan Mawaddah’ yang bermaksud Taman Kasih Sayang. Tepat pukul 12.00 tengahari kami check out bilik masing-masing untuk perjalanan pulang.

Hasrat dan tujuan tercapai melalui Family Fun Day 2016 di Tanjung Demong, Kuala Besut. Ikatan kemesraan dapat diterjemahkan melalui setiap aktiviti yang disertai. Kejayaan ini pastinya dengan pertolongan Ilahi dan harapan setiap daripada kami sentiasa merenangi lautan doa dan munajat kepadaNya. Terima kasih buat ayah dan mak, terima kasih buat semua adik beradik, terima kasih dan jumpa lagi Manor Beach Resort.

Dekorasi bahagia hari ini dan selamanya.

family, fun, day, family fun day, family day, manor beach resort, manor, beach, resort, tanjung demong, kuala besut, terengganu, gum arabic, almanna,

7 thoughts on “Family Fun Day 2016 Di Manor Beach Resort

  1. Elok juga tu tuan.. Asalnya nak booking Demong Beach Resort (bersebelahan Manor Beach Resort) tapi dah full maklum la cuti sekolah. Boleh survey mana2 penginapan yang dirasakan sesuai.

    Like

Leave a comment