Lirik Lagu Hari Guru Malaysia

Hari Guru Malaysia

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada seri paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Pagi tadi sekolah Adam telah mengadakan majlis untuk murid-murid sebagaimana program Sambutan Hari Guru 2016 yang diadakan di tempat saya mengajar semalam. Lagu hari guru berkumandang memeriahkan suasana majlis. Bagi yang menghafal lirik lagu Hari Guru Malaysia sudah tentu dapat menghayati segala maksud yang ingin disampaikan menerusi lirik puitis tersebut.

Guru kepada Adam iaitu Cikgu Ika dan Cikgu Aleeya turut menerima hadiah dari kami ibu bapa sebagai tanda kenangan sempena hari guru 2016. Kemeriahan ini turut dikongsi bersama ibu bapa lain dengan pelbagai hadiah diberi termasuk kek bertulis ‘Selamat Hari Guru’.

Vitamin Anak Saya

Selain kek terdapat hidangan lain yang disediakan samada dari pihak ibu bapa atau guru. Sudah tentu sambutan hari guru di sekolah adam pada hari ini meninggalkan kenangan indah buat anak-anak yang menimba ilmu separuh hari di pusat didikan tersebut.

Sebaik saja pulang ke rumah, saya melihat Adam pegang hadiah dan sehelai kertas lukisan warna bertema hari guru yang disiapkannya di sekolah. Nampaknya lukisan Adam semakin hari semakin ada kemajuan. Sambil Adam tersenyum (agaknya berpuas hati dengan acara di sekolah tadi), dia minta saya buatkan minuman berkhasiat tinggi dan kaya dengan protein. Apa yang menarik, minuman ini dilengkapkan dengan riboflavin yang sangat jarang disediakan dalam suplemen lain di pasaran.

Tema hari guru 2016 ‘Guru Pembina Negara Bangsa’ semalam saya hayatinya di sekolah sebagai seorang guru kepada sekalian murid, namun hari ini pula penghayatan saya sebagai ibu kepada seorang murid. Kerjasama guru dan ibu bapa sangat penting dalam perkembangan murid-murid.

Terima kasih saya ucapkan kepada guru yang terlibat dalam proses mendidik anak saya. Jasa dan pengorbanan anda sangat kami hargai dan saya sebagai guru juga merasai dan menjiwai bagaimana kecekalan dan ketabahan yang perlu dibina dalam diri sebelum menerima kesanggupan untuk bergelas sebagai seorang guru.

Memang ada benarnya kata orang tua, bukan semua berkelulusan itu mampu menjadi seorang guru, kerana seorang guru perlu mampu mengawal emosi diri terlebih dahulu sebelum menangani karenah murid-murid. Selamat hari guru 2016. Lirik lagu hari guru ini sengaja saya publish di sini untuk memudahkan pencarian awam di masa akan datang.

Guru Pembina Negara Bangsa

Lirik Lagu Hari GuruAdam Menerima Hadiah Dari Guru

Advertisements

2 thoughts on “Lirik Lagu Hari Guru Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s