Jamuan Hari Guru : Permintaan Murid Ditunaikan

Seramai 20 orang murid Kelas Pengajian Al-Quran menyertai majlis jamuan sempena sambutan Hari Guru 2016. Acara jamuan ini pada awalnya tiada sebarang planning untuk diadakan memandangkan di kalangan murid kelas pengajian al-quran telah pun menyambut majlis tersebut di sekolah masing-masing.

Terdapat hasrat dan permintaan di kalangan murid-murid kelas pengajian al-quran untuk mengadakan jamuan khusus bagi meraikan guru pengajian al-quran, walaupun agak last minute permintaan ini ditunaikan dengan perkongsian ringkas juadah makanan dari pihak guru dan murid.

Bagi pihak saya sendiri berkolaborasi dengan Mama Ekin Beauty – Konsultasi Kecantikan Mary Kay dengan menyediakan juadah ringkas mee goreng dan minuman jagung. Sementara murid-murid pula membawa juadah masing-masing dalam bentuk makanan dan minuman untuk dinikmati bersama teman-teman yang lain.

Baju Raya

Juadah mee goreng, kek hari guru, roti kek, makanan ringan, minuman berperisa jagung dan oren antara hidangan yang mendapat tempat di kalangan murid-murid. Hidangan mee goreng paling awal habis, nasib baik ada juadah lain yang dapat back up selera rasa mereka. Minuman berperisa oren sungguh enak, apatah lagi jika dicampur dengan serbuk minuman oren semulajadi yang berkhasiat.

Sudut pandang menarik mengenai penyertaan murid-murid di acara jamuan hari guru malam ini adalah kerjasama di kalangan mereka untuk menyediakan sebarang persiapan hidangan (mengikut kemampuan sendiri). Walaupun ianya agak sedikit tergesa-gesa, maklum lah kanak-kanak ni apabila mereka nak buat sesuatu perkara, mereka akan usahakannya dengan bersungguh-sungguh sebab mereka suka bila sesuatu aktiviti tu dibuat bersama teman yang lain.

Sesi bergambar turut diadakan bersama murid sebagai tanda kenangan. Harapan semoga mereka akan terus belajar dan ada perkembangan positif dari semasa ke semasa. Terima kasih juga diucapkan kepada murid-murid yang kebanyakannya terdiri dari sebuah kampung dan selainnya tinggal kampung-kampung berhampiran di atas usaha dan penyediaan juadah ringkas ini.

Insya-Allah majlis seumpama ini boleh dilakukan lagi di masa akan datang dan mungkin penambahbaikan juga boleh dilakukan agar semua anak al-quran ini berpuas hati dan mempunyai ukhuwah yang baik serta akhlak yang terpuji mewarisi akhlak al-quran.

Hari Guru Kelas Pengajian Al QuranJamuan Hari Guru Di Kelas Pengajian Al-Quran

Advertisements

9 thoughts on “Hari Guru Kelas Pengajian Al-Quran 2016

  1. x terlambat rasanya nak ucap selamat hari guru …
    selamat hari guru sis! pahala guru ni besar sgt kan..berterusan pahalanya…
    teruskan mengajar ye…

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s