Sedang bersiap menyediakan barang keperluan dan hidangan makanan sambil bercadang membuat minuman berkhasiat tinggi dan kaya dengan protein untuk acara sambutan Hari Guru Kelas Pengajian Al-Quran 2016 pada malam ini, encik husband memaklumkan ada ternampak banner sambutan ‘Israk Wal Mikraj’ yang ditempah Ahli Jawatankuasa Masjid Mukim al-Muttaqin seminggu yang lalu ketika melalui jalan berdekatan masjid tersebut.

Kebetulan pula majlis tersebut juga diadakan pada malam ini iaitu tarikh yang sama dengan acara di teratak al-Quran ini. Jadi mungkin perlu bawa anak-anak untuk ke sana selepas acara di Kelas Pengajian al-Quran. Rekacipta banner yang dihasilkan untuk program ‘Israk Wal Mikraj’ pada malam ini merupakan kesinambungan kepada design banner pertama pertama untuk majlis yang sama (kesinambungan) dan dari masjid yang sama.

Sebenarnya ini kali pertama encik husband menerima tempahan banner design untuk masjid yang sama dan program yang sama dua kali berturut-turut yang diadakan dalam tarikh selang seminggu sahaja. Biasanya satu program satu banner (untuk aktiviti seperti sambutan bulan kebesaran Islam ini). Mudah-mudahan dimurahkan lagi rezeki dalam perniagaan printing online ini.

Minyak Ikan Nombor 1 Rakyat Malaysia

Tempahan design dalam bentuk banner printing akhir-akhir ini lebih menjurus kepada persediaan peniaga-peniaga Bazar Ramadhan. Kebanyakannya berbentuk banner jualan makanan di gerai-gerai bazar selain beberapa tempahan blog design dan touch up dari perusahaan butik tempatan dan suplemen.

Program yang akan diadakan di Masjid Mukim al-Muttaqin malam ini berjudul ‘Ceramah Perjalanan Israk Wal Mikraj Nabi S.A.W’ bermula selepas Maghrib. Penceramah jemputan ialah Tuan Guru Hj. Ghazali Ahmad yang merupakan Ulama Usuluddin dari Pattani.

Menurut makluman daripada Bilal Masjid Mukim al-Muttaqin, Zakaria Idris menjelaskan masjid itu kini dalam proses akhir menyiapkan binaan bangunan tambahan di bahagian pintu utama bersebelahan. Ujarnya, masjid itu perlu diperluaskan untuk menampung jumlah penduduk yang semakin ramai untuk hadir solat jamaah dan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.

Orang ramai khususnya yang berdekatan dijemput hadir beramai-beramai untuk mendengar kupasan dari penceramah berkaitan perjalanan Nabi Muhammad S.A.W dalam peristiwa Israk Wal Mikraj.

Israk Mikraj

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s