Sambutan Hari Guru 2016

Guru Pembina Negara Bangsa

Pagi tadi pihak Sekolah mengadakan Sambutan Hari Guru 2016 dengan penuh meriah bertemakan ‘Guru Pembina Negara Bangsa’. Program bermula mengikut jadual hari persekolahan biasa melibatkan penyertaan semua guru sekitar 300 orang.

Aktiviti yang dipersembahkan membabitkan guru-guru, murid-murid dan kolaborasi guru bersama murid. Sebanyak tujuh acara pentas berjaya disampaikan dengan mesej tersendiri dan menghiburkan seperti pantomen, nyanyian, sketsa dan tarian.

Acara lakonan guru mengusung keranda ke pentas disulangi backround muzik pilu berjaya mendapat tempat pertama dalam program Sambutan Hari Guru 2016. Lakonan ini menyampaikan mesej yang begitu mendalam mengenai setiap manusia yang pasti akan menemui kematian. Hanya amalan yang akan menemani selepas manusia meninggal dunia.

Baju Raya

Acara yang paling surprise dan di luar jangkaan iaitu acara guru paling kacak (lelaki), guru paling comel (perempuan), guru paling popular, guru paling garang dan guru paling penyayang juga diadakan dengan mengedarkan borang undian kepada murid-murid sehari lebih awal dari tarikh program tanpa pengetahuan guru lain.

Bertukar-tukar hadiah di antara guru juga diadakan melalui cabutan bertuah. Acara ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah di kalangan guru. Murid-murid juga tidak ketinggalan untuk memberikan hadiah kepada guru-guru sebagai meraikan Sambutan Hari Guru 2016.

Jamuan turut diadakan sebanyak dua kali dengan hidangan yang pelbagai antaranya seperti sup tulang, kerabu pauh, daging goreng, sotong masak merah, ayam masak merah, air cendol, koktail, dan sirap. Rata-rata kelihatan ramai guru yang ”bersesak-sesak’ di meja bahagian minuman berikutan suhu cuaca di Kota Bharu hari ini masih lagi hangat. Saya sempat pesan kepada rakan-rakan guru supaya sentiasa bekalkan minuman kosong dan dapatkan vitamin C semulajadi dan Performance Drink sebagai persediaan.

Difahamkan ramai pihak yang terlibat untuk sponsor program Sambutan Hari Guru 2016. Penyertaan dari pelbagai tajaan ini memeriahkan lagi acara tahunan yang mendapat sentuhan kreativiti di kalangan guru.

Apa yang menarik perhatian ramai dalam ucapan guru besar ialah setiap guru mempunyai tanggungjawab mendidik, seandai guru melakukan kesilapan dalam proses pendidikan, nescaya satu generasi akan mengalami kerosakan sebagai contoh kerosakan akhlak. Ucapan tersebut dilihat menepati maksud slogan Sambutan Hari Guru 2016 ‘Guru Pembina Negara Bangsa’.

Sambutan Hari Guru 2016Hadiah Dari Murid Sempena Hari Guru 2016

Advertisements

5 thoughts on “Sambutan Hari Guru 2016

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s