Sejarah Nahas Pesawat Di Malaysia

Kejadian nahas pewasat di Malaysia merupakan detik hitam yang dilalui negara. Malapetaka yang menimpa ini tidak ada sesiapa pun dapat menjangka, biarpun pelbagai persediaan dibuat dan kelengkapan canggih dimiliki pesawat serta pemandu yang expert, namun takdir Tuhan tidak akan berganjak walau sedetik.

Negara baharu saja digemparkan dengan nahas pesawat helikopter pada Khamis lalu di Kuching, Sarawak. Pesawat jenis Eurocopter AS350 yang membawa enam orang penumpang (termasuk pemandu) itu dilaporkan terputus hubungan ketika dalam penerbangan dari Betong ke Kuching.

Operasi mencari dan menyelamat terus dijalankan sebaik saja menerima laporan kehilangan pesawat tersebut. Usaha mencari yang giat dijalankan memberikan petunjuk apabila pasukan penyelamat menemui bahagian pesawat pada pagi Jumaat selepas hari kejadian. Seterusnya menemui mayat yang dikenali sebagai penumpang pesawat terbabit. (setakat artikel ini ditulis, seorang lagi penumpang nahas pesawat belum dijumpai)

Mahu Berhenti Merokok

Sejarah nahas udara di Malaysia

  • Nahas udara di Tanjung Kupang (MH 653) – Disember 1977
  • Nahas udara di Tawau (Fokker 50) – September 1995
  • Nahas udara di Kudat (Twint Otter MASWINGS) – Oktober 2013
  • Nahas udara di Semenyih (9M-1GB) – April 2015
  • Nahas udara di Sebuyau (RPC 6828) – Mei 2016

Sejarah nahas udara pesawat Malaysia di luar begara

  • Nahas udara (MH 370) – Mac 2014
  • Nahas udara di Ukraine (MH 17) – Julai 2014

Sejarah nahas pesawat TUDM di Malaysia

  • Nahas udara di Genting Sempah (NURI) – Julai 2007
  • Nahas udara di Kemaman (MiG-29N) – November 2004
  • Nahas udara di Kampung Jaya Gading  (MiG-29N) – September 1998
  • Nahas udara di Ba’kelalan (NURI) – Ogos 2004
  • Nahas udara di Sanglang (Pilatus PC-7) – Mei 2004
  • Nahas udara di Butterwoth (NURI) – Mac 2004
  • Nahas udara di Kuching (NURI) – April 1969
  • Nahas udara di Gambang (NURI) – Mac 1972
  • Nahas udara di Gubir (NURI) – April 1976
  • Nahas udara di Ipoh (NURI) – Julai 1980
  • Nahas udara di Kuching (NURI) – April 1981
  • Nahas udara di Batu Melintang (NURI) – Julai 1981
  • Nahas udara di antara Gunung Gerah dan Gunung Bilah (NURI) – November 1989
  • Nahas udara di Sungai Lundu (NURI) – Disember 1989
  • Nahas udara di Rawang (NURI) – Ogos 1990
  • Nahas udara di Muar (NURI) – Januari 1991
  • Nahas udara di Banding (NURI) – Jun 1991
  • Nahas udara di Sipitang (NURI) – Mac 1997

Nahas pesawat di Malaysia yang melibatkan pengangkutan biasa dan pesawat TUDM telah lama melalui sejarahnya. Teknologi baharu yang semakin canggih kini diharap berupaya membantu dan mengurangkan kadar nahas udara, lebih-lebih lagi melibatkan kematian.

Takdir Tuhan sememangnya tidak dapat dielakkan, namun sebagai manusia, selain doa yang mampu mengubah perjalanan takdir, persediaan dari semua aspek perlu dilakukan dan  ia perlu difikirkan oleh semua pihak supaya elemen keselamatan dapat dipertingkatkan.

Sedekah al-Fatihah buat mereka yang berugama Islam yang telah terlibat dalam setiap sejarah nahas pesawat di Malaysia dan di luar negara.

Sejarah Nahas Pesawat Di MalaysiaFoto Asal Melvister

Advertisements

6 thoughts on “Sejarah Nahas Pesawat Di Malaysia

  1. Harap kejadian air crash tidak akan berlaku lagi di negara ini. Biar semua pihak meningkatkan servis masing-masing untuk memastikan keselamatan orang awam.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s