Resepi Ikan Masak Tiga Rasa

Berjiran sebagai negeri paling hampir dengan negara Thailand, sudah tentu terdapat banyak peluang untuk menikmati hidangan dan citarasa unik hasil ‘tempias’ dari negara yang terkenal sebagai ‘raja masakan asia’ tersebut. Ikan Masak Tiga Rasa antara menu yang lebih awal diperkenalkan di restoran masakan Thailand di Malaysia.

Walaupun hidangan Ikan Masak Tiga Rasa telah lama ‘bertapak’ di setiap restoran pilihan ramai. Namun, citarasa masakan ini terus mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia.

Resepi hidangan Ikan  Masak Tiga Rasa saya perolehi dari catatan Che’ Nom menerusi blog beliau Iresepi. Hidangan ini boleh membuka selera mereka yang tak tahu nak makan hidangan apa atau sukar nak buat pilihan. Jika terdapat beberapa pilihan yang salah satunya darinya ada menu Ikan Masak Tiga Rasa, maka pilihan ini boleh dipertimbangkan.

Minyak Ikan Nombor 1 Rakyat Malaysia

Hidangan Ikan Masak Tiga Rasa adakalanya dibuat agak pedas (bergantung kepada penyediaan). Bagi yang mengalami masalah untuk makan masakan pedas seperti gastrik dan buasir, pastikan anda membuat persediaan dari sudut pemakanan awal, suplemen dan petua tradisional merawat gastrik.

Berikut bahan-bahan yang diperlukan untuk penyediaan Ikan Masak Tiga Rasa:
  • 1 ekor ikan siakap
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Sedikit garam (mengikut keperluan)
  • Sedikit kunyit (mengikut keperluan)

*Bahan-bahan ini disediakan untuk proses menggoreng ikan

Bahan-bahan untuk penyediaan kuah:
  • 4 ulas bawang putih dicincang halus
  • 3 biji bawang merah dicincang halus
  • 1 inci halia dicincang halus
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • 1 batang bunga kantan dihiris nipis
  • 1 batang serai dititik
  • 6 batang cili padi dihiris nipis
  • 1 batang cili merah dihiris nipis
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 4 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 2 helai daun limau purut
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun bawang untuk hiasan

Cara penyediaan:

  1. Ikan dibersihkan dahulu dan dilumur dengan garam, kunyit dan tepung jagung. Goreng dalam minyak pada suhu yang betul-betul panas hingga garing, angkat dan ketepikan.
  2. Dalam kuali yang berasingan, tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili kisar sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan halia, serai, bunga kantan dan cili padi. Kacau seketika.
  4. Masukkan tomato, sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan dan masak sehingga kuah pekat. Jika terlalu pekat, masukkan sedikit air.
  5. Masukkan daun limau purut da kacau sehingga kuah pekat sebati.
  6. Tuangkan kuah di atas ikan yang digoreng tadi.
  7. Hiaskan dengan daun bawang.

Masa yang diperlukan untuk penyediaan ialah 20 minit, memasak 20 minit dan keseluruhannya mengambil masa 40 minit. Jumlah hidangan yang disyorkan ialah untuk 2 orang makan.

Ikan Masak Tiga RasaIkan Masak Tiga Rasa

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s