Nasi Lemak Abang Spider Di Kubang Kerian

Hanya RM2.00 Untuk Nasi Lemak Spiderman

Pagi tadi semasa encik husband dalam perjalanan pulang selepas menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) 2016 untuk bayaran sesi ke-2 pada hari ini, terserempak dengan ‘Abe Spider’ yang sedang menjual nasi lemak di hadapan bangunan Bank Islam Kubang Kerian. Dengan memakai costume popular Spiderman dan terpapar bunting Nasi Lemak Abe Spider sudah sukup untuk membuat orang ramai perlahankan kenderaan atau berhenti seketika membeli nasi lemak dan bergambar dengan superhero.

Nasi lemak ‘Abe Spider’ berlauk ikan bilis, telur, timun dan kuah yang tidak pedas boleh dinikmati bersama anak-anak seisi keluarga. Dengan hanya belanja RM2.00 untuk mendapatkan sebungkus nasi lemak ‘Abe Spider’ yang diletakkan dalam bekas plastik beralaskan daun pisang membangkitkan lagi rasa dan keenakan juadah unik citarasa tempatan.

Kata encik husband, sempat berbual seketika dengan ‘Abe Spider’ dan superhero ini seorang yang sangat sopan dan merendah diri. Encik Spidey menegur, “Abe (abang) duk mano bey (bang)..?”. –duk dekat lundey (Lundang) ni jah. Sebelum ni viral ‘Abe Spider’ jual nasi lemak di Stadium Kota Bharu keii.. (kan)? “Iyo bey.. Kito buat juale bergerok bey.. (jualan bergerak).

Mahu Berhenti Merokok

Kebetulan pula, malam tadi encik husband ajar Adam untuk membezakan sebutan antara huruf ‘F’, ‘H’, ‘S’ dan ‘X’. Dari segi bunyi huruf-huruf tersebut hampir ada persamaan dan ini membuatkan Adam selalu tertukar sebutan walaupun dah tahu bacaan jumlah huruf dan sedikit mengeja.

Oleh kerana Adam juga suka menonton siri animasi superhero seperti Spiderman, maka timbul idea untuk memudahkan dia membuat perbezaan pada huruf-huruf tersebut dengan menyebut ‘S’ untuk Spiderman. Manakala ‘H’ untuk Hawk, ‘F’ untuk Falcon dan ‘X’ untuk X-Men.

Malam tadi selalu sangat sebut Spiderman, nah! pagi ni awal-awal lagi dah jumpa Spiderman. Saya tak dapat bayangkan bagaimana rasanya kalau costume Spiderman ni dipakai pada waktu tengahari dengan keadaan suhu panas yang semakin tinggi.

Kalangan peminat nasi lemak ‘Abe Spider’ tentu risaukan juga dengan cuaca panas dan kesihatan sang labah-labah. Saya syorkan sesiapa saja yang bekerja di bawah terik mentari untuk menjaga kesihatan dengan mengambil suplemen anti dehidrasi dan suplemen minyak ikan laut dalam untuk ketahanan badan.

Semoga Nasi Lemak ‘Abe Spider’ terus mendapat tempat khususnya di kalangan rakyat Kelantan. Dengan harga nasi lemak yang mampu dibeli, sifat penjual merendah diri dan layanan ber’selfiesuperhero terbaik, Insya-Allah dimurahkan lagi pencarian sumber rezeki ‘Spiderman’ Kelantan.

Nasi Lemak Abe SpiderNasi Lemak Abe Spider

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s