Mencari Baju Raya Di FQ Raya Kaya

Blog Butik Pakaian Wanita Berjenama Pilihan

Hampir sebulan yang lalu encik husband menyiapkan design sebuah blog berkonsep jualan pakaian wanita berjenama pilihan FQ Raya Kaya Boutique yang ditempah melalui online. Terdapat banyak koleksi jenama fesyen pakaian wanita yang dipaparkan dan sesuai juga bagi mereka yang mencari baju raya sebagai persediaan awal.

Bukan suatu yang asing jika ada yang telah menempah baju raya dari sekarang atau membelinya untuk kegunaan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti. Demi kepuasan dan kelihatan menarik, penggemar pakaian tidak akan menangguh lama hasrat yang sering mendesak di sanubari untuk memiliki pakaian berjenama pilihan.

Pilihan bentuk ukuran juga disediakan dan penggemar boleh bertanya terus melalui media sosial atau di talian. Bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan sudah tentu terdapat sedikit kesukaran, namun tempoh 2 bulan dari sekarang mungkin amat bernilai untuk menurunkan bedan. Diet dari sekarang kalau nak dapat baju raya yang cantik.

Mahu Berhenti Merokok

FQ Raya Kaya Boutique juga menyediakan koleksi pakaian pilihan untuk ibu mengandung dan menyusu bagi memudahkan setiap wanita mendapat keselesaan dalam urusan harian.

“Warna menarik, corak menawan dan mengikut gaya terkini”, antara komentar pembaca yang melihat keunikan padanan koleksi pakaian wanita dari pelbagai jenama yang terdapat dalam blog FQ Raya Kaya.

Terdapat banyak pakaian wanita dari pelbagai jenama yang boleh dilihat di blog FQ Raya Kaya beserta dengan harga seperti:

  • Adele
  • Amanee
  • Balqis
  • Catriona
  • Deandra
  • Feera Blouse
  • Isabelle
  • Jameela
  • Marissa
  • Maya
  • Nelly
  • Rosalinda
  • Rosemaria
  • Soraya
  • Saniaa
  • Suzy
  • Vee Le Anne
  • Zara Satin

Pakaian wanita yang dipaparkan dalam blog FQ Raya Kaya mengikut kategori seperti pakaian jubah, blouse, kurung dan lain-lain. Maklumat berkaitan Facebook dan Instagram juga dipaparkan.

Menjelang Ramadhan sekitar dua bulan dari sekarang, sudah tentu pelbagai persediaan telah dirangka dan dicongak terutama di kalangan wanita dan para ibu yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk keluarga, anak dan diri sendiri.

Menyambut lebaran di Hari Raya Aidilfitri bersama teman tersayang dan keluarga tercinta tentu lebih bermakna apabila ‘keindahan’ itu diterjemahkan ke dalam konsep pemakaian. Tunggu apa lagi, layari blog butik pakaian wanita pilihan di FQ Raya Kaya Boutique.

Mencari Baju Raya

Advertisements

4 thoughts on “Mencari Baju Raya Di FQ Raya Kaya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s