Rawatan Tradisional Tabib Abu Bakar Abdullah

Terkenal Sebagai Klinik Sakit Puan

Mengekalkan ciri-ciri tradisional dalam perubatan, sistem pengurusan dan hiasan dalaman bagi sesebuah pusat rawatan, merupakan sesuatu yang jarang dapat dilihat. Pusat rawatan tradisional Tabib Abu Bakar Abdullah dikenali ramai di kalangan rakyat Kelantan khususnya di Kota Bharu sebagai klinik sakit puan.

Tabib Abu Bakar Abdullah menyediakan khidmat perubatan tradisional untuk pesakit mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan tertentu dalam masalah kesihatan seperti ubat perancang kehamilan, ubat selepas bersalin, ubat lawas haidh, ubat buasir dan ubat untuk bayi yang mengalami gangguan ‘ain semasa pantang.

Wanita yang ingin mendapatkan ubat perancang kehamilan di klinik Tabib Abu Bakar mempunyai syarat-syarat tertentu terutamanya, hanya disediakan untuk wanita yang telah berkahwin dan perlu menjalani sedikit pemeriksaan. Selain menggunakan ubat tabib, terdapat juga suplemen yang saya gunakan untuk menstabilkan hormon.

Selain menyediakan ubat tradisional Tabib Abu Bakar Abdullah, klinik yang telah sekian lama bertapak di jalan menuju ke Kuala Krai ini masih mengekalkan tradisi lampau dengan menggunakan buku tulis untuk sistem pengurusan di kaunter termasuk menyimpan maklumat-maklumat pesakit tanpa menggunakan komputer.

Ruangan dalam klinik juga memaparkan gambar-gambar lukisan tangan berkaitan perubatan dengan mengekalkan tulisan jawi yang menjadi elemen tradisi penting dan evergreen  di pusat rawatan Tabib Abu Bakar Abdullah.

Pusat rawatan Abu Bakar Abdullah kini diuruskan oleh isteri beliau mewarisi keilmuan perubatan lampau dengan mengekalkan tradisi bentuk pengurusan, perubatan dan hiasan dalaman.

Pesakit yang ingin mendapatkan ubat terutamanya melibatkan ubat perancang kehamilan, perlu berjumpa isteri Tabib Abu Bakar Abdullah terlebih dahulu untuk mendapatkan pemeriksaan, nasihat dan kepastian (yang dah kahwin sahaja).

Waktu operasi dan rawatan di pusat rawatan Tabib Abu Bakar Abdullah

  • Sabtu – Khamis.
  • Waktu rawatan 9:30 pagi – 1:00 tengahari
  • Waktu rehat 1:00 tengahari – 2:00
  • Waktu rawatan 2:00 petang – 6:00 petang

Lokasi pusat rawatan Tabib Abu Bakar Abdullah

No. 3537, Jln Kuala Krai, 15050 Kota Bharu. Tel: 09-748 5104.

tabib abu bakar

Advertisements

4 thoughts on “Rawatan Tradisional Tabib Abu Bakar Abdullah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s