Sidewalk Cops : Rancangan Mendidik Kanak-kanak

Kanak-kanak di semua peringkat umur mempunyai minat dan cara tersendiri dalam proses perkembangan mereka menuju alam dewasa. Menonton video di Youtube antaranya, mereka mempunyai rancangan pilihan untuk ditonton, samada menonton siri animasi tempatan antaranya seperti Upin & Ipin, BoboiBoy dan Puteri. Namun, proses perkembangan kanak-kanak terus meningkat dan tidak selamanya rancangan kegemaran itu akan menjadi ranking pertama mereka setiap kali diberi peluang untuk menonton Youtube. Rancangan Sidewalk Cops mempunyai ciri-ciri mendidik untuk kanak-kanak.

Siri Sidewalk Cops bukan rancangan animasi, tetapi ia dilakonkan sekumpulan kanak-kanak lelaki Amerika dari California sejak beberapa tahun yang lalu menerusi Youtube. Walapun siri ini telah lama dimuat naik ke dalam internet, namun jumlah tontonannya terus meningkat.

Sebenarnya terfikir juga untuk melanggan Astro, namun dengan kemudahan yang dah ada (home wi-fi) ditambah pula saranan untuk pemuliharaan alam sekitar sebagaimana yang diharapkan dalam Sambutan Hari Bumi 2016 termasuk menjimatkan elektrik, maka hasrat untuk ‘menambahkan’ lagi penggunaan elektrik tu dibiarkan saja. Lagipun tempoh yang diberi untuk anak-anak menonton Youtube termasuk rancangan pilihan Sidewalk Cops hanya seketika bagi menaikkan mood mereka untuk aktiviti lain. Keadaan cuaca panas pada suhu yang agak tinggi ini membuatkan anak-anak lebih selesa untuk melakukan aktiviti di rumah. Saya tidak lupa menyediakan minuman soya berkualiti tinggi untuk mereka lebih sihat dan cergas.

Vitamin Anak Saya

Gambar yang disiarkan dalam apa saja siri rancangan kanak-kanak, samada berbentuk animasi atau realiti, sebenarnya memberi kesan kepada mood mereka. Bagi saya, anak-anak yang dah meningkat dewasa akan memilih realiti terhadap rancangan tontonan mereka. Mereka akan ‘meninggalkan’ sedikit demi sedikit rancangan animasi tertentu dengan melihat keperluan untuk mereka menjadi ‘orang besar’ seperti kanak-kanak lain.

Mereka tetap akan meneruskan tontonan animasi tempatan, namun mereka menyediakan ruang untuk menjadi kanak-kanak yang sedang meningkat antaranya teruja melihat permainan yang mereka tonton dari rancangan bukan animasi sebagaimana Sidewalk Cops.

Siri Sidewalk Cops adalah rancangan pengembaraan yang menyeronokkan. Watak cilik pegawai polis Gabe dan Micah beraksi dengan kenderaan mainan seperti kereta dan motor polis untuk menangkap penjenayah, memberi amaran kepada pesalah jalanraya dan sebagainya, cukup mengujakan kanak-kanak di samping dapat mendidik mereka untuk menilai perbuatan baik dan buruk.

Rancangan pendidikan kanak-kanak dan mesra keluarga yang dilakonkan Gabriel dan Garrett ini tidak hanya pada Sidewalk Cops, malah turut dihiasi dengan rancangan lain seperti Ulasan Permainan, Kereta Kawal, Video Superhero, Taman Hiburan dan aktiviti menyeronokkan.

Sidewalk CopsPower Wheels Race – Policeman vs Fireman!

Advertisements

4 thoughts on “Sidewalk Cops : Rancangan Mendidik Kanak-kanak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s