Sambutan Hari Bumi 2016

‘Earth Day 2016’ Sambutan Tahunan Hari Bumi

Hari Bumi atau ‘Earth Day’ bagi tahun 2016 telah disambut dengan tema ‘Pokok-Pokok Untuk Bumi’. Ini merupakan acara tahunan yang disambut pada 22 April setiap tahun bermula 1970. Perkara ini telah dicadangkan oleh Senator Amerika Syarikat, Gaylord Nelson pada September 1969 dalam sebuah persidangan di Seattle, Washington.

Pemuliharaan alam sekitar adalah antara matlamat utama acara ini dilakukan. Pemuliharaan alam sekitar perlu dilakukan secara berterusan untuk mencapai matlamat yang diharapkan. Ia turut diraikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dimulakan oleh John McConnell pada 1969 menurut keterangan Wikipedia.

Sebagaimana gambar-gambar yang dipaparkan menerusi portal National Geographic, ‘kejayaan pemuliharaan alam sekitar’ setelah menyahut saranan ‘Hari Bumi’ oleh beberapa negara sejak lebih empat dekad yang lalu, kini dapat dilihat hasil perkembangan di negara-negara yang telah mencapai matlamatnya.

Penapis Air Semulajadi

Pemuliharaan alam sekitar memerlukan proses yang lama dan cabaran untuk melaksanakan kempen ‘Hari Bumi’ secara berterusan kadangkala tidak kesampaian atau tertangguh berbanding gelombang awal yang diusahakan berbagai pihak dengan pelbagai promosi.

Terkini menerusi laman United Nation, lebih 150 pemimpin dunia menurunkan tanda tangan #ParisAgreement sebuah perjanjian perubahan iklim untuk melakukan penyelesaian yang lebih mampan sempena #EarthDay2016 dari ibu pejabat PBB di New York.

Mengapa ‘Hari Bumi’ pada 22 April?

Pepatah selalu menyebut, “setiap hari adalah Hari Bumi”, tapi kenapa ia lebih masyhur disambut pada 22 April? Sehingga ada desas desus yang mengatakan tarikh ini dipilih sempena hari lahir pengasas Soviet Union, Vladimir Lenin.

Mengikut petikan teori dari laman Capitalism Magazine pada 2004, “Matlamat Lenin adalah untuk memusnahkan pemilikan harta persendirian (swasta) dan matlamat ini jelas dikongsi oleh (kononnya) pencinta alam sekitar”.

Persamaan Lenin dan ‘pencinta alam sekitar’ adalah mereka akan menyekat pemilikan harta persendirian dan swasta di atas nama untuk menyelamatkan alam sekitar.

Sebagai contoh, Akta Spesis Terancam digunakan untuk mengambil harta sesiapa saja jika terdapat hidupan spesis terancam di atasnya. Persekitaran hidup digunakan sebagai alasan politik untuk pihak berkuasa mengambil tanah. Walaupun dengan menggunakan alasan untuk generasi akan datang, walhal generasi akan datang pun tidak dapat memiliki apa-apa faedah dari harta yang terdapat pada tanah tersebut.

Walau bagaimana pun, ia dinafikan oleh Kathleen Rogers, pengasas Earth Day Network  yang menjadi penganjur asal ‘Hari Bumi’ dengan menempelak khabar angin kononnya terdapat hubung kait dengan komunis.

Beliau menambah, tarikh 22 April 1970 telah dipilih kerana ia jatuh pada hari Rabu yang merupakan hari terbaik dalam seminggu untuk menggalakan penyertaan besar-besaran ke perhimpunan alam sekitar yang diadakan di seluruh negara.

“Ia berlangsung dengan sempurna, kerana semua orang sedang berada di tempat kerja dan mereka semua menyokong”

Malah, dianggarkan lebih daripada 20 juta orang di seluruh Amerika mengambil bahagian dalam sambutan ‘Hari Bumi’ pertama.

Kini, setiap tahun ‘Hari Bumi’ disambut lebih daripada satu bilion masyarakat di 180 negara di seluruh dunia.

‘Hari Bumi’ : Mari kita menanam

Apa yang perlu dilakukan pada ‘Hari Bumi’? Banyak perkara berfaedah dan bermotif mesra alam yang boleh dilakukan untuk aktiviti ‘Hari Bumi’. Sebagai menyahut hasrat ‘Hari Bumi’ 2016, tema sambutan pada tahun ini perlu diraikan iaitu ‘Pokok-Pokok Untuk Bumi’. Maka aktiviti penanaman tentu lebih sinonim dengan tema yang diberikan.

Bagi penganjur ‘Hari Bumi’ peringkat antarabangsa, sasaran sekitar 5 tahun ini adalah untuk melihat proses penanaman pokok berlangsung lebih rancak dengan meletakkan sasaran jumlah penanaman 7.8 bilion pokok dapat dilakukan menjelang ulang tahun sambutan ‘Hari Bumi’ ke-50. Proses itu sedang berjalan dari sekarang sebagai penghormatan untuk ulang tahun akan datang.

Mengapa tanam pokok?

  • Pokok membantu proses perubahan iklim
  • Pokok membantu proses udara bersih
  • Pokok membantu kominiti

Aktiviti menanam pokok dapat dilakukan semua pihak, samada persendirian atau pertubuhan yang terdiri dari badan-badan korporat dan badan pertubuhan bukan kerajaan seperti NGO.

Di Malaysia, pernah diadakan aktiviti menanam 1.000 pokok di Sungai Bukit Hantu, Langkawi. Aktiviti yang dibuat untuk ‘Hari Bumi’ 2011 telah dilaksanakan oleh Four Starwood Hotels & Resorts.

Aktiviti Selamatkan Air Terjun juga diadakan sebagai menyahut saranan pemuliharaan alam sekitar termasuk aktiviti yang dianjurkan Kumpulan Pertubuhan Bukan Kerajaan Alam Sekitar Malaysia (MeNGO) iaitu Mengo Green Hunt 2011.

Pemuliharaan alam turut disentuh oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, YB Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar dalam Perutusan Tahun Baru 2016 sebagai berkata, “Kerajaan melalui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah memperkenalkan dasar, garis panduan serta menguatkuasakan pelbagai undang-undang berkaitan dengan alam sekitar. Dasar, garis panduan dan undang-undang ini   perlu   dijadikan   panduan   kepada   semua   pihak termasuklah Kerajaan-Kerajaan  Negeri  dan  Pihak  Berkuasa Tempatan”.

KL International Earth Day Run 2016

Pada hari ini 24 April 2016 sebuah aktiviti larian kesihatan sempena sambutan ‘Hari Bumi’ telah diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur. KL International Earth Day Run 2016 adalah acara sukan tahunan untuk orang ramai bermula seawal jam 6.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Google lancarkan 5 Doodle sempena Hari Bumi 2016

Google turut meraikan sambutan ‘Hari Bumi’ 2016 dengan melancarkan 5 doodle menarik dan bermotif pemuliharaan alam sekitar. Berikut senarai 5 Doodle yang dilancarkan di laman utama Google.

  1. Tundra and Polar Bear
  2. Forest and Red Fox
  3. Grasslands and Elephant
  4. Desert and Tortoise
  5. Aquatic/Ocean, Coral Reef and Octopus

Doodle pertama memaparkan gambaran seekor beruang kutub yang berada di tengah kawasan salji yang luas. Doodle kedua memperlihatkan seekor musang merah sedang berlari di dalam hutan.

Doodle ketiga gambaran seekor gajah berjalan melalui padang pasir, sementara doodle keempat mempamerkan seekor penyu di tengah gurun dan doodle kelima menunjukkan terumbu karang bersama sotong kurita di dalam laut.

Haiwan-haiwan yang dipamerkan dalam doodle menunjukkan ia berada keadaan kesepian di tempat habitat mereka. Gambaran ini menjelaskan betapa spesis tersebut sedang dilanda ancaman kehidupan termasuk perubahan iklim dan geografi alam sekitar.

Bersama mempertahankan khazanah alam melalui pemuliharaan alam sekitar dan sokongan ke arah sebarang aktiviti yang menjamin proses pengembangan alam dan kehidupan termasuk komitmen dan saranan sempena ‘Hari Bumi’ 2016 bertemakan ‘Pokok-Pokok Untuk Bumi’.

Mari menanam pokok!

Earth Day 2016

Advertisements

5 thoughts on “Sambutan Hari Bumi 2016

  1. Kesedaran untuk alam sekitar penting. Ia perlu dari rumah dengan membuat pengasingan sampah, mengunakan lampu energy saver dan pelbagai aktiviti dirumah boleh dilaksanakan. Walaupun impaknya kecil tetapi besar manfaatnya.

    Like

    1. Setuju. Pemuliharaan alam sekitar juga boleh dilakukan individu antaranya aktiviti pembersihan dan penjimatan elektrik. 98% punca pemanasan global adalah hasil dari pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran bahan fosil.

      Like

    1. Insya-Allah, tanam pokok manggis dapat buah yang manis hadiahkan sikit kepada jiran, terasa manis ukhuwah di samping saranan ‘Hari Bumi 2016’ – Jom tanam pokok!

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s