Resepi Ayam Phat Phet

Citarasa Masakan Kelantan Ayam Phat Phet

Menjadi kegemaran ramai di kalangan masyarakat khususnya di Kota Bharu hidangan makanan berasaskan masakan pedas Ayam Phat Phet. Resepi Ayam Phat Phet ni saya kongsi dari laman MyResipi yang sememangnya sarat dengan resepi aneka juadah yang lazat dan berkhasiat.

Khabarnya masakan pedas Ayam Phat Phet berasal dari negara jiran, Thailand. Sejauh mana kesahihan tu saya tak pasti. Namun bukan perkara baru di negeri ‘Cik Siti Wan Kembang’ ini yang banyak dipengaruhi resepi masakan dari negara ‘Gajah Putih’ tersebut.

Masakan Ayam Phat Phet agak pedas dan kuah sedikit. Bagi yang mengalami masalah untuk makan masakan pedas seperti gastrik dan buasir, pastikan anda membuat persediaan dari sudut pemakanan awal, suplemen dan petua tradisional merawat gastrik.

Minyak Ikan Nombor 1 Rakyat Malaysia

Masakan Ayam Phat Phet mungkin jarang didengari ramai terutama masyarakat yang bukan berasal atau tinggal di Kelantan. Saya pernah juga bertanyakan tentang resepi masakan ni bila pergi jalan-jalan ke negeri lain. Seperti biasa, ramai yang tak tahu.

Terdapat sebuah kedai makan di sini yang menyediakan masakan Ayam Phat Phet pedas dan sedap. Dari kedai ini lah saya bertanyakan tuan kedai tentang nama masakan ni. Saya rasa elemen pedas tu cukup tinggi untuk mengangkat rasa yang istimewa ditambah dengan wangian serai, daun limau purut dan lain-lain.

Berikut resepi dan penyediaan masakan Ayam Phat Phet.

Bahan-bahan untuk kisar dan tumis:

  1. Bawang besar – 1 biji
  2. Serai – 1 atau 2 batang
  3. Halia – 2 hiris
  4. Bawang putih – 5 ulas
  5. Cili padi – 5 biji
  6. Kunyit hidup

Bahan-bahan untuk memasak:

  1. Serai – 1 batang
  2. Asam keping – 1 keping
  3. Ayam mentah (dipotong dadu) – 3 keping
  4. Daun limau purut  –4 helai
  5. Garam dan gula (mengikut rasa)
  6. Ajinomoto *pilihan

Cara penyediaan:

  1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan tunggu sehingga kering
  2. Masukkan secawan air
  3. Masukkan bahan untuk memasak iaitu ayam, asam keping, sebatang serai (dititik), daun limau purut, gula dan garam.

Nota:

  • Pastikan ayam masak sepenuhnya, tambah sedikit air jika kering (mengikut citarasa)
  • Tambah / kisar cili padi jika mahu lebih pedas
  • Cara masak Phat Phet ada sedikit persamaan dengan cara masak pedas

Mudah-mudahan dengan perkongsian resepi Ayam Phat Phet ini boleh mendekatkan lagi hubungan antara negeri sekaligus meningkatkan persaudaraan sesama insan.

Ayam Phat Phet

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s