Erni Satay Baung Sedap Dan Menyelerakan

Sate Baung Kegemaran Ramai Di Chempaka

Jalan menuju ke Lapangan Terbang Pengkalan Chepa tidak asing dengan gerai-gerai kecil membakar sate. Kali ini bukan melalui jalan utama, tetapi jalan alternatif melalui Kampung Chempaka.

Sate Baung begitu terkenal di sekitar Kota Bharu dan Pengkalan Chepa, bahkan dengan aroma dan rasa yang agak berbeza dengan sate yang lain, tidak keterlaluan jika sate ini dikenali seluruh Kelantan.

Selalunya Sate Baung boleh dibeli berhampiran rumah, tapi kebetulan malam tadi kedai tersebut tutup awal, mungkin dah habis dijual sebab dah jam 10.00 malam. Jadi terpaksa la “jalan-jalan cari makan” di sekitar laluan menuju ke airport Pengkalan Chepa untuk mencari Sate Baung.

Vitamin Anak Saya

Perancangan asal nak pergi ke tempat biasa, kalau tak silap Kampung Baung (mungkin sate tu berasal dari kampung tu agaknya), tapi rasa jauh pula nak ke sana. Sebenarnya tujuan nak beli sate ni sebab nak pergi rumah emak dan ayah, bila dapat tau emak demam dan ajak kami tidur di sana (lagi pun hari jumaat cuti) jadi senang untuk uruskan anak-anak bila hari cuti.

Oleh kerana tak nak bagi orang tua tunggu lama-lama di rumah, jadi saya cuba la tengok-tengok di kiri jalan mungkin ada orang jual sate yang lebih dekat. Kalau keluar ke jalan utama akan menambah masa perjalanan.

Alhamdulillah, jumpa sebuah gerai membakar sate di Kampung Chempaka. Papan tanda kecil Erni Satay Baung sudah cukup untuk saya dan keluarga tidak ‘merayap’ lagi ke tempat lain untuk mencari sate. Encik husband pergi ke gerai bertanyakan khabar, mana tau dah lewat malam sate dah habis. Walaupun sate sedang dibakar, belum tentu sate tu untuk kami sebab ada 3 buah kereta sedang menanti.

Selepas bertanya penjual, sate yang ada cuma ayam, sate daging dah habis. Nasi himpit pula ada 1 bungkus je lagi. Syukur Alhamdulillah, ada rezeki untuk kami, emak dan ayah. Bukan bermakna tak ada rezeki kalau pergi ke tempat lain, tapi maklum la dah lewat malam, tak nak susahkan orang tua tunggu lama-lama.

Berbual dengan penjual Erni Satay Baung, katanya sate yang dijual adalah sate ayam, sate daging dan nasi himpit. Waktu operasi bermula seawal jam 8.00 malam hingga 10.30 malam. Sate tidak dibakar secara banyak sekaligus, tetapi mengikut jumlah yang dikehendaki pelanggan. Jadi pelanggan yang ke seterusnya perlu menunggu sedikit masa untuk menyiapkan sate yang dibakar. Jadi, pelanggan dapat sate yang panas-panas lagi. Encik husband cakap, layanan penjual pun bagus, senyum je sambil berbual-bual dan sempat bagi percuma sebatang sate untuk anak saya yang temankan husband tunggu sate siap.

Sampai di rumah, emak dan ayah dah tunggu nak makan sate dengan anak cucu. Oleh karana dah lewat malam, kami hanya menjamu beberapa batang sate je, selebihnya makan keesokan hari. Selepas makan sate saya sediakan suplemen minyak ikan terbaik untuk suami dan anak-anak.

Teman-teman blogger yang bercadang untuk ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini khusunya di Pengkalan Chepa dan Kota Bharu, boleh la cuba menikmati kelainan dan keenakan Erni Satay Baung di Kampung Chempaka (Jalan Dusun Raja) menuju ke airport Pengkalan Chepa.

Untuk makluman, gerai Sate Baung banyak ditemui sekitar jalan menuju ke airport Pengkalan Chepa. Jadi anda boleh singgah di mana-mana saja jika tidak menjumpai gerai Erni Satay Baung. Dari segi rasa, saya rasa tidak banyak berbeza antara gerai lain yang penting ada papan tanda bertulis Sate Baung.

Selamat datang ke negeri Serambi Mekah dan jom ke Erni Satay Baung.

Erni Satay BaungErni Satay Baung

Advertisements

4 thoughts on “Erni Satay Baung Sedap Dan Menyelerakan

  1. Kami hampir sesat.. Akhirnya berjaya jumpa.. Memang benar seperti yang diceritakan. Puan Erni tu ramah.. Sempat merasa 1 cucuk sementara menunggu. Dia tak bagi beli banyak.. Kami beli RM30 je.. Alhamdulillah berbaloi.. Daging ayam dan lembu mmg terbaik.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s