Murid Dipatuk Ular : Terima Kasih Guru Bertindak Pantas

Rakan Murid Melihat Ular Warna Hitam Di Sebelah Mangsa

Beberapa hari yang lepas kita baharu saja menerima khabar pilu dari tragedi murid dipatuk ular yang menimpa keluarga adik Nuriey Nadhirah Roslan, murid tahun satu Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Hasyim 1, Pengkalan Chepa. Kini kita dikejutkan sekali lagi dengan insiden yang sama terhadap murid tahun dua Sekolah Kebangsaan (SK) Chembong, Rembau.

Murid berkenaan dikatakan terjatuh ketika bermain bersama rakannya dalam sebuah acara di padang sekolah dipercayai dipatuk ular. Rakan-rakan murid berkenaan menjelaskan ternampak ular warna hitam berhampiran mangsa ketika kejadian.

Suhu Panas dan Ekzema

Guru sekolah berkenaan segera bertanyakan keadaan murid tersebut dan terus mendapatkan ambulans membawanya ke Klinik Kesihatan (KK) Rembau selepas mendapati perubahan pada wajah murid.

Terima kasih kepada guru dan murid-murid yang bertindak pantas dalam kejadian ini. Syukur kepada Allah di atas segala aturannya.

Faktor haiwan berbisa menghampiri kediaman

Haiwan berbisa tempat tinggal mereka bukan dalam rumah. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan haiwan ini menghampiri kawasan yang didiami manusia atau memasuki rumah, antaranya:

  • Kelaparan dan mencari makanan seperti tikus
  • Perubahan cuaca dan mencari tempat yang lebih sejuk
  • Mencari tempat perlindungan baru
  • Kawasan longgokan sampah, simen buangan / projek terbengkalai
  • Longgokan batu-bata, pasir atau batu untuk projek terbengkalai
  • Daun-daun kering, semak samun dan dahan pokok yang menjalar di atas atap
  • Kesan takungan air atau lopak seperti paip pecah

Tips Elakkan Ular Masuk Rumah

Terdapat banyak tips dan panduan samada daripada orang-orang tua, pakar dan agamawan sebagai persediaan untuk menghindari berlakunya kejadian yang tidak diingini. Saya kongsi sebahagiannya seperti berikut:

  • Letakkan belerang di kawasan yang boleh menyebabkan haiwan masuk
  • Tanam pokok limau kasturi
  • Bina pagar konkrit terutamanya rumah kawasan paya
  • Baca doa tertentu yang dianjurkan agama
  • Panggil bomba (jika berlaku kejadian) dan tiada orang mahir

Doa apabila terjumpa haiwan liar dan berbisa

Semasa belajar dulu ada beberapa doa yang diajarkan apabila terjumpa haiwan berbisa dan boleh digunakan untuk mengelakkan dari sebarang kejadian tidak diingini seperti berikut:

  • Surah as-Saffat, ayat ke-79
  • Doa dari hadith riwayat Muslim
  • Bacaan zikir selepas solat
  1. Bacaan ayat dari surah as-Saffat
    سَلَامٌ عَلَىٰ نُوحٍ فِي الْعَالَمِينَ
  2. Bacaan doa dari keterangan hadith
    أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق
  3. Bacaan zikir selepas solat
    اللهم أنت السلام ومنك السلام وإليك يعود السلام فحينا ربنا بالسلام وأدخلنا الجنة دار السلام تباركت ربنا وتعاليت يا ذا الجلال والإكرام

Mudah-mudahan kita mendapat kebaikan dan keberkatan dari amalan yang dilaksanakan.

Murid Dipatuk Ular

Advertisements

2 thoughts on “Murid Dipatuk Ular : Terima Kasih Guru Bertindak Pantas

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s