Saya Mula Melangkah Jauh – Hana

Minggu Ini Bertatih Lebih Jauh

Melihat Hana bertatih semakin jauh dan lebih lama berdiri, teringat kenangan beberapa buah walker yang pernah digunakan oleh abang dan kakaknya. Kadang-kadang tak terasa begitu cepat mereka berdua (anak pertama dan kedua) berlatih melangkah sehingga mampu berjalan dengan baik. Pemakanan terbaik kanak-kanak juga penting untuk proses perkembangan.

Apabila kanak-kanak yang masih belum mampu berdiri untuk berjalan dengan baik dan selalu diberikan walker, mereka sebenarnya sudah mula berlatih berjalan melalui walker. Dari segi safety mereka tak jatuh apabila menggunakan walker, cuma kenangan untuk kita melihat mereka berusaha ‘keras’ untuk berjalan kerap jatuh dan bangun semula, mungkin kenangan tu tak banyak tersimpan dalam memori sebab masa mereka banyak berada dalam walker.

Vitamin Anak Saya

Berbeza dengan Hana, tak menggunakan walker dan saya ingin melihat sendiri proses dia belajar berdiri dan bertatih sejak dari awal hingga sekarang. Sejak Hana mampu berdiri, dia akan berpaut pada dinding untuk berjalan perlahan-lahan. Dari situ saya dapat lihat betapa dia sentiasa berusaha untuk berjalan agar dapat bersaing dengan abang dan kakaknya.

Jatuh dan bangun tak pernah menjadikannya putus asa, jatuh sekali lantas bangkit dan proses itu terus berulang di depan mata saya. Betapa kenangan itu sangat bermakna, betapa ‘ruginya’ jika diberi walker sebagaimana saya sebutkan di atas.

Sebenarnya proses untuk Hana belajar bertatih tak lama, rasa macam sekejap saja masa tu berlalu. Pernah satu hari tu saya tengok dia senyap-senyap, tanpa dia sedar yang saya perhatikannya, dia sedang berdiri menghayungkan kedua-dua belah tangan seolah untuk mengukur jarak dan mengimbangi badan sebelum dia melangkah bertatih. Lalu dengan confident dia bertatih dan langkahan itu makin jauh. Rupanya banyak scene tertentu yang menarik untuk saya lihat dan kenangan ni sukar nak dapat jika kita terus ajar anak duduk dalam walker.

Mungkin dalam keadaan tertentu perlu juga penggunaan walker, namun jika terus membiarkan anak bermain sendiri dengan walker, kita mungkin tak dapat scene tertentu sebagaimana kanak-kanak yang tak menggunakan walker. Tup.. tup dah berjalan dah budak ni. Eh, bila masa pandai berjalan? Menandakan tak banyak saat kita bersama anak, apatah lagi scene-scene tertentu yang ‘mahal’ tu.

Apapun Hana seorang yang berjaya, tanpa walker dia mampu sampai ke garisan penamat, Insya-Allah.

Hana

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s