Malaysia Dapat Pesawat Dron Peninjau Dari Thales

Thales Group sebuah pembekal terkemuka bagi sistem keselamatan maritim dipilih menjadi pembekal sistem pesawat udara tanpa pemandu (UAS) yang dipanggil sebagai mini-UAV Fulmar kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MMEA) untuk meningkatkan lagi kemampuan pengawasan agensi terhadap misi peninjauan dan kawalan sempadan.

Sebanyak enam buah Fulmar (dron bersayap) akan dipasang di bahagian New Generation Patrol Crafts (NGPC) yang sekarang ini sedang diusahakan oleh Destini Shipbuilding and Engineering Sdn Bhd.

Minyak Ikan Nombor 1 Rakyat Malaysia

Menurut portal DefenseNews, Fulmar telah direkacipta di Sepanyol melalui cawangan Sepanyol Thales dan ia merupakan eksport pertama Fulmar dari klasifikasi UAV mini.

Fulmar dilengkapi dengan ciri-ciri khas yang berfungsi sebagai alat pengesan automatik melalui sistem pengesanan automatik dan sistem pengenalan identiti automatik. Fulmar akan meningkatkan lagi kemampuan operasi agensi maritim Malaysia dalam membuat pengawasan.

Jarak dron akan dilancarkan sejauh 432 batu.

“Sebagai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MMEA), ia bertujuan untuk meningkatkan keupayaan pengawasan. Fulmar menyediakan solusi kompetitif yang mempunyai kelengkapan teknologi kapal paling canggih,” berkata Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud, Pengerusi Destini Berhad. “Kami gembira dengan menjadi rakan kongsi bersama Thales dalam membangunkan lagi kepakaran dalam pengawasan pantai di Malaysia.”

Pekerja Thales di Malaysia akan membuat persiapan latihan tempatan dan sokongan untuk Fulmar memulakannya pada tahun ini bagi memastikan pemindahan pengetahuan untuk keperluan operasi dan penyelenggaraan sistem.

FulmarPhoto courtesy Thales

Advertisements

6 thoughts on “Malaysia Dapat Pesawat Dron Peninjau Dari Thales

    1. Harapnya begitu lah tuan Bahrain. Ancaman terhadap sempadan negara semakin meningkat. Mudah-mudahan usaha ini meningkatkan lagi keupayaan tentera laut Malaysia.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s