Ayuh, Ganti Polistirena Dengan Daun Pisang Dan Dulang Rotan!

Alternatif Kesihatan Pengguna dan Bahan Mesra Alam

Teringat semasa menghadiri majlis kenduri kahwin di sebuah kampung berhampiran Masjid al-Muttaqin tempoh hari. Seperti biasa jamuan disediakan untuk para jemputan menikmati aneka juadah yang telah disiapkan. Paling menarik, bekas untuk mengisi hidangan tidak menggunakan polistirena atau pinggan plastik, tetapi menggantikannya dengan pinggan rotan atau dulang rotan dan di atasnya diletakkan alas daun pisang.

Cara penyediaan seperti ini dilihat bukan sahaja klasik, tetapi sangat praktikal dalam memelihara alam sekitar dan kesihatan. Dengan penggunaan dulang rotan yang ukurannya lebih lebar berbanding polistirena dan pinggan biasa, sudah tentu tetamu tidak memerlukan bekas tambahan untuk mengisi juadah-juadah lain yang disediakan selain nasi.

Minyak Ikan Nombor 1 Rakyat Malaysia

Dulang rotan yang lebar boleh dialas dengan daun pisang dan ramai orang tahu keistimewaan daun pisang apabila diletakkan sebarang makanan di atasnya. Daun pisang mempunyai aroma tersendiri dan bersifat memelihara keaslian hidangan di atasnya bahkan menjadikan hidangan tersebut lebih lazat.

Daun pisang hanya perlu dibilas dengan air biasa, berbeza dengan pinggan biasa yang perlu dicuci dengan sabun. Daun pisang cepat mereput dan mesra alam walaupun selepas dibuang. Pinggan kadang-kadang berbau hanyir dan penggunaan sabun tidak dapat dielakkan. Sabun mempunyai bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan.

Adakah terdapat sabun atau pencuci yang lebih selamat dan tidak membahayakan kesihatan? Ya! Sememangnya ada pencuci serba guna semulajadi yang boleh digunakan untuk sebarang keadaan. Saya juga menggunakannya kerana ia selamat dan mesra alam.

Sebentar tadi terbaca di dada akhbar hasrat kerajaan Johor untuk mengkaji larangan penggunaan polistirena dan plastik di negeri tersebut sebagai langkah mengurangkan kesan pencemaran alam dan kesihatan.

Sebagai rakyat Malaysia yang sukakan kebersihan dan pemuliharaan alam saya sokong sepenuhnya jika langkah yang diambil untuk mengurangkan pencemaran alam dan mengembalikan corak kehidupan sihat dengan menyediakan satu alternatif kepada polistirena dan plastik melalui pembungkusan bio yang khabarnya akan dikendalikan oleh Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Johot (J-Biotech).

Sokong kehijauan alam, sokong pemuliharaan alam. Malaysia maju!

Polistirena vs Daun Pisang dan Dulang Rotan

Advertisements

4 thoughts on “Ayuh, Ganti Polistirena Dengan Daun Pisang Dan Dulang Rotan!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s