BoboiBoy: The Movie Animasi paling Laris Di Malaysia

BoboiBoy Catat RM16 Juta

Siapa kata animasi tempatan tak mampu menyaingi animasi antarabangsa? BoboiBoy: The Movie filem animasi Malaysia akhirnya membuktikan keupayaan anak tempatan mampu mencorak seni grafik animasi setaraf antarabangsa. Persaingan sengit antara filem animasi Hollywood yang ditayangkan seperti Zootopia dan Kung Fu Panda 3 tidak menggugat filem terbitan Animonsta Studios arahan Nizam Razak ini.

Sejak ditayangkan pada 3 Mac yang lalu, BoboiBoi: The Movie berjaya meraih 1.5 juta tontonan menjadikan filem ini sebagai filem animasi tempatan paling laris di seluruh pawagam tanahair dan turut ditayangkan di negara jiran Indonesia pada bulan ini.

Vitamin Anak Saya

Secara keseluruhan BoboiBoy: The Movie berada di tempat ke-4 filem tempatan di samping filem Polis Evo masih di tempat pertama dengan kutipan RM18 juta diikuti filem The Journey dan Munafik.

BoboiBoy antara siri animasi kegemaran anak-anak sejak ditayangkan oleh TV3 pada tahun 2011. Kalau pergi ke pasaraya mesti nak beli barangan BoboiBoy seperti berus gigi, pakaian dan permainan. Kalau la ada vitamin kanak-kanak berkonsep BoboiBoy tentu dah kena beli. Setelah siri animasi ini berada di pawagam, ia kembali menjadi bualan anak-anak dan Adam Danial selalu bertanya, “Umi! bilo kito nok gi tengok cerito emm.. emm.. BoboiBoy: The Movie?”

Boboiboy The Movie

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s