Siapkan Design Isra’ Wal Mi’raj

Tempahan Banner Sambutan Peristiwa Kebesaran Islam

Hari ni dah masuk 7 Rejab 1437H di dalam bulan ni terdapat peristiwa besar bagi umat Islam iaitu peristiwa Isra’ wal Mi’raj yang berlaku pada 27 Rejab tahun ke-12 ketika Nabi berusia 52 tahun. Banyak hikmah dan pengajaran yang terdapat dari peristiwa ni dan menjadi kelaziman bagi setiap masjid, surau, sekolah dan sebagainya mengadakan majlis sambutan Isra’ wal Mi’raj. Mengiklankan aktiviti adalah salah satu usaha untuk mengajak orang ramai untuk bersama dalam majlis ilmu termasuk iklan dari sudut banner dan design yang ditempah.

Kali ni menemani mr. husband Mohd Khairul untuk siapkan design banner sambutan peristiwa Isra’ wal Mi’raj dari sebuah masjid berdekatan. Proses menyediakan tulisan jawi lebih mudah dengan menggunakan khidmat laman Arabic Keyboard. Tak lama lagi bulan Ramadhan menyusul selepas bulan Sya’ban. Ketiga-tiga bulan ni (Rejab, Sya’ban dan Ramadhan) penuh berkat dan banyak peristiwa yang berlaku di dalamnya.

Suplemen No 1 Rakyat Malaysia

Apa itu Isra’? dan apa itu Mi’raj?

Isra’ merupakan perjalanan Nabi Muhammad SAW menaiki Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin.

Mi’raj pula perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha di langit yang ke-7. Peristiwa ni telah dirakam dalam al-Quran di awal surah al-Isra’ yang bermaksud “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1).

Jemput sama-sama penuhi aktiviti ilmu di masjid berdekatan.

Isra' Wal Mi'raj

Advertisements

One thought on “Siapkan Design Isra’ Wal Mi’raj

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s