Suhu Cuaca di Kota Bharu Hari Ini

Aduh! Panas Sungguh Hari Ini

Beberapa hari yang lepas rakan guru mengadu penat kerana cabaran cuaca panas dengan suhu yang begitu ketara di Malaysia sekarang ini. “Aduh! Panas sungguh hari ini, tahu tak suhu cuaca hari ini mencecah 40 darjah celcius”, kata rakan guru di sekolah yang sedang bersiap untuk pulang. Saya pesan kepada guru tersebut supaya sentiasa bekalkan minuman kosong dan dapatkan vitamin C semulajadi dan Performance Drink sebagai persediaan.

Saya pernah juga lihat laporan suhu cuaca di AccuWeather untuk mengenal pasti tahap suhu terutamanya di kawasan Kota Bharu. Purata suhu di Kota Bharu bagi minggu ini sekitar 34-35 darjah celcius. Anak-anak ada yang demam dan jiran-jiran pun agak jarang kelihatan berada di luar rumah.

Berendam dalam bekas air atau tempayang besar antara cara untuk mengekalkan suhu stabil badan dan menyejukkan badan dari kesan kepanasan cuaca. Saya terlihat dalam blog rakan blogger Ben Ashaari yang berendam dalam bekas air. Itu antara cara yang menjimatkan berbanding dari membeli bathtub yang harganya jauh lebih mahal.

Ramalan suhu cuaca di Kota Bharu hari ini 34 darjah celcius (lihat gambar). Pastikan diri anda tidak terdedah lama di tengah panas dan bawa anak-anak ke tempat yang lebih teduh untuk apa-apa aktiviti.

Ramalan Suhu Cuaca Kota Bharu

Advertisements

One thought on “Suhu Cuaca di Kota Bharu Hari Ini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s